Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Makanan Yang Merbahaya Untuk Kucing Tanpa Kita Sedari

Sunday, January 06, 2013 | 38 Penggemar Cookies

 


Assalamualaikum .

(RE-POST FROM MY OLD BLOG)

Haa , bila kita tak habis makan mesti kita akan bagi dekat kucing kita kan ? Tak pun bagi kat kucing jalanan .Tapi tanpa kita sedari beberapa makanan yang boleh dimakan manusia adalah BERBAHAYA untuk kucing . Boleh membunuh tau !

1) Coklat

Saya percaya ramai yang dah tahu pasal kucing tak boleh makan coklat ni , bukan shj anjing je boleh mati makan coklat , kucing pun boleh ! Kucing dan anjing tak boleh makan coklat adalah kerana adanya ejen toksik bernama THEOBROMINE di dalam coklat . Coklat putih pun tak boleh makan tau , terutama sekali "dark chocolate" . Ia akan menyebabkan kucing mengalami sawan dan akhirnya mati . Secebis seciput sejilat coklat pun tak boleh !

2) Bawang Merah , Bawang Putih , Bawang Besar Dan Daun Bawang
Haa , ni memang selalu orang tak perasan . Selalunya kalau makanan kita tak habis kita selalu dgn "baik hatinya" bagi kita kucing sikit . Contohnya NASI GORENG yg tak habis dan macam-macam lagi yg dimasak dengan atau bersama bawang . Tidak kisah lah bawang yg telah dimasak atau mentah (asalkan berkaitan bawang) memang bahaya untuk kucing ,  ini kerana bawang MEMBUNUH sel darah merah dan akhirnya akan menyebabkan kucing kita mengalami sakit ANAEMIA iaitu penyakit kurang darah merah .

3) Caffeine
Teh dan kopi selalunya memang sedap diminum tapi amat berbahaya untuk kucing . Mana tahu air teh tak habis korang pun kasi kucing jilat .Pehh ! Caffeine akan menyebabkan kucing menghadapi keracunan caffeine , kekejangan , pernafasan menjadi laju dan mungkin juga mati .

4) Susu dan Produk Diari Lain(contoh keju)
Sesetengah orang kan dia suka bagi susu dekat kucing sebagai minuman , tetapi sebenarnya TAK PAYAH  sebab perut kucing TAK SAMA macam kita . Minum air je cukup . Walaupun kucing minum susu semasa kecil tapi bila besar kucing tak ada enzim yang boleh menghuraikan laktose dalam susu . Ini akan menyebabkan kucing sakit cirit birit yang teruk dan boleh menyumbang kpd kematian .
*Tips : Kalau awak mempunyai anak kucing yg kehilangan ibu atau awk ambil kucing terbiar tanpa ibu , JANGAN SESEKALI BAGI anak kucing tu SUSU LEMBU . MATI jawabnya anak kucing tu . Sebaiknya pergi kedai haiwan dan beli susu pengganti susu ibu atau kalau takde beli susu kambing , ok ?

5) Ikan (terutama sekali Ikan Tuna)

Ok , ini memang mengejutkan sikit sebab selalu orang fikir makanan kucing je mesti ikan kan ? Ye memang boleh bagi kucing makan ikan tapi jangan jadikan ikan sebagai makanan tetap dan harian mereka . Bagilah makanan kucing macam Friskies atau Whiskers . " Habis tu Friskies tu bukan ade ikan juga ke ?" Memang betul , tetapi ade juga vitamin-vitamin lain dalam Friskies tu bukanya ikan semata-mata .
Kalau awak selalu sangat bagi makan ikan Tuna pula , kucing awak akan menghadapi keracunan merkuri sebab kandungan merkuri dalam ikan adalah tinggi .
Satu lagi , JANGAN bagi kucing makan IKAN MENTAH sebab dalam ikan mentah ada enzim yang membunuh thiamine iaitu vitamin B yg diperlukan kucing . Kekurangan thiamine akan menyebabkan kucing coma dan akhirnya mati .

6) Roti
Selalunya roti akan mempunyai ejen penaik contohnya doh yis sebab yis tu boleh membesar dalam badan kucing dan menyebabkan sakit abdomen dalam badan kucing tu .

7)Alkohol
Siapa bagi kucng ni memang gile . Bagi alkohol kat kucing akan menyebabkan korang berjaya menjadi pembunuh kucing berjaya .

8)Garam dan Gula
Garam yang berlebihan akan menyebabkan kucing mengadapi ketidaksetabilan electrolyte manakala gula berlebihan akan menyebabkan kucing mendapat diabetes dan obesiti , samalah macam manusia .

9)Telur Mentah dan Daging Mentah
Telur mentah dan daging mentah akan menyebabkan kucing akan mendapat E.Coli dan Salmonella . Selain itu , kucing juga berisiko untuk menghadapi keracunan makanan sama macam manusia juga .

10)Daging berlemak dan Tulang
Memberi makanan yang berlemak kepada kucing akan menyebabkan kucing mepunyai darah tinggi dan strok (macam manusia) . Tulang pula akan menyebabkan kucing tercekik dan sakit perut .

11)Cendawan
Cendawan akan menyebabkan toksik kepada kucing , koma dan akhirnya kematian .


Sejak saya baca info ni , terus saya tak bagi kucing makan makanan yang bertulang dan makanan yang ada bawang contohnya macam nasi goreng yg tak habis makan (dulu selalu buat) . Kalau korang nak bagi sisa makanan tak habis contohnya kari ayam . Ayam tu korang basuh dulu pastu baru bagi kucing sebab dalam kari mesti ada bawang kan ? Janganlah sebab kita kucing tu merana , ok ? Selamat beramal ;)

Sumber : sini dan sini



Cara Untuk Memutihkan Kulit Muka

Saturday, January 05, 2013 | 17 Penggemar Cookies
Assalamualaikum

Hari ini saya nak tulis post "Tips/Cara Untuk Kulit Muka" . Haa , ini selalunya terjadi kepada remaja yang masih bersekolah . Yelah selalunya dorang ni kan sibuk dengan aktiviti sukan,aktiviti unit beruniform dan macam-macam lagi lah . Orang yang bekerja di tempat panas atau berjalan kaki setiap hari pun tak terkecuali juga .
So ini adalah beberapa tips yang boleh saya kongsikan menggunakan "home remedies" :

1) Campurkan susu tepung , madu , jus lemon dan minyak kacang almond (takde minyak kacang almond ganti dgn putih telur) dalam jumlah yang sama . Contoh setiap satu bahan ambil dalam dua sudu . Sapukan di seluruh muka dan biarkan selama 20 minit . Ini adalah antara "home remedy" yang sangat berkesan .

2) Jus tomato dan jus lemon juga berkesan dalam proses memutihkan muka kita . Sapukan di seluruh muka dan tunggu sehingga 15 minit . Jus tomato bukan sahaja boleh putihkan muka tau , iai juga boleh melicinkan kulit kita sama macam kulit tomato juga .

3) Ambil 3 buah strawberi dan lenyekkan . Lepastu campurkan 3 buah strawberi yang telah dilenyekkan , campurkan dengan sedikit cuka dan biarkan semalaman . Sapukan di muka keesokan harinya .

4) Ambil serbuk kunyit campurkan dengan jus lemon . Sapu di muka dan tunggu 15 minit sebelum cuci .

5) Ambil pisang , lenyekkan dan campur dgn yogurt . Jadikan macam pes , lepastu sapukan di muka macam "mask" . Tunggu sehingga 10 minit dan basuh dgn air sejuk .

6) Ambil 150g nenas dan 150g betik dan lenyekkan sampai menjadi pes . Sapukan di seluruh muka . Tunggu 15-20 minit .

Tips-tips sesuai untuk orang yang kena "sunburn" . Tips di atas bukan sahaja boleh memutihkan muka tetapi boleh juga menjadikan wajah kita beseri-seri . Perasan tak kebanyakan tips2 ni menggunakan JUS LEMON ? Ini disebabkan jus lemon merupakan PELUNTUR SEMULAJADI . Bukannya macam peluntur dalam produk-produk yang berbahaya tu tau . Untuk lihat hasilnye kenelah buat berulang-ulang kali selama DUA minggu dan selalunya kesannya dapat dilihat secara ketara dalam masa sebulan .

Tips Untuk Menghilangkan Dan Mengurangkan Parut Jerawat

Friday, January 04, 2013 | 15 Penggemar Cookies
Asslamualaikum

     Salam hari ini saya nak tulis entry pasal CARA MENGHILANGKAN PARUT JERAWAT . Ini adalah request daripada Cik F . Untuk kaum perempuan parut jerawat ni memang sesuatu yang agak menakutkan sebab ia selalunya bersifat KEKAL . Entry ini adalah sambungan daripada entri : Cara Mengurangkan/Menghilangkan Jerawat


Ini adalah beberapa tips yang menggunakan "home remedies" atau bahan-bahan yang selalunya ada di rumah :

1) Kisarkan KULIT buah oren dan selepas tu campurkan dengan air sampai jadi macam pes . Lepas tu letak dekat parut tersebut selama sejam .

2) Campurkan "baking soda" bersama air dan sapukan ke atas parut muka .

3) Jus timun dan dicampurkan dengan jus lemon juga berkesan jika disapukan di atas parut jerawat . *Cara nak dapatkan jus timun tu kisarkan shj jus timun tu . Lepastu campurkan dengan jus lemon .

4) Selain itu , campuran jus tomato dan jus limau juga berkesan menghilangkan parut jerawat .

5)Tumbuk lumat 10 helai daun sireh (kalau boleh yg muda-muda) dan sapukan ke atas parut jerawat . Lakukan dalam 2-3 kali seminggu .

6)Tumbuk atau kisarkan kulit kayu manis shgga jadi serbuk , campurkan dengan air dan letak di atas parut jerawat . Lakukan setiap hari .

Lakukan tips-tips ini secara berulang kali sekurang-kurang nya SEMINGGU . Lagi lama lagi bagus . Pastikan buat tips ini SEBELUM TIDUR dan tutup lampu ! Buat dalam 2 kali sehari pun ok juga . 

Korang semua kena buat tips-tips ini secara  BERULANG-ULANG kali . Jangan la baru buat 2-3 kali  dah mengharapkan masalah parut tu hilang . Kene sabar dan rajin . Jangan lupa baca BISMILLAH tau ! Nantikan entry "home remedies" untuk putihkan muka dan hilangkan "sunburn" ! Terima kasih kerana membaca :D

8 Tips Untuk Menghilangkan / Mengurangkan Jerawat

Thursday, January 03, 2013 |



 Ini adalah re-post dari blog lama saya :)
Seperti yang kita tahu , jerawat merupakan benda yang paling dibenci oleh ramai orang terutama sekali remaja . Ini adalah kerana remaja selalunya mempunyai ketidakstabilan hormon yang akan menyebabkan "makhluk tuhan paling seksi" a.k.a jerawat  . Jerawat juga boleh terhasil apabila liang pori kita tersumbat oleh sejenis minyak yang dipanggil sebum . Makhluk jerawat ini tidak boleh dihapuskan selamanya tetapi boleh dikurangkan penghasilanya . Antara cara untuk menghalang dan mengurangkan kesan jerawat ialah :

1) Menggosok bawang putih segar(dikupas) di jerawat dan sekeliling jerawat akan memboleh jerawat ini hilang tanpa kesan bekas jerawat . Hiriskan tebal bawang putih biarkan dalam sekurang-kurangnya 30 minit dan letak pada jerawat . Busuk tapi berkesan !

2)Membuat pes jerawat dengan mencampurkan 3 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis ke atas jerawat adalah sangat berkesan . Pes itu perlu diletakan pada jerawat sebelum tidur dan dibilas dengan air susam keesokan harinya . Ia perlu dilakukan selama 2 minggu beturut-turut ntuk meghilangkan jerawat .

3)Walaupun agak pelik kedengaran tetapi ubat gigi boleh mengurangkan saiz jerawat dengan meletakkan ubat gigi ke atas jerawat dan biarkan semalaman .

4)Pastikan membeli "make-up" jenis "oil-free" untuk mengurangkan penghasilan jerawat .

5)Bedak bayi juga berkesan dalam mengurangkan jerawat dengan mengeringkan jerawat tersebut .

6)Letakkan ais pada jerawat . Ambil sehelai tisu dan ambil sebiji ais . Letakkan ais dalam tisu tersebut dan selepas itu barulah letakkan pada jerawat untuk mengecilkan lubang pori agar jerawat tidak membesar lebih lagi akibat minyak berlebihan .

7)Campuran jus limau dan madu juga terbukri berkesan menghilangkan jerawat !

8)Paling penting adalah untuk TIDAK memegang , memicit atau menyentuh jerawat kerana ini memboleh terjadinya bekas jerawat . Pastikan tangan anda jangan menyentuh pun muka anda kerana tangan kita penuh dengan kuman tanpa kita sedari .

Larangan nombor 8 tu paling saya suka buat terutama sekali masa saya umur 13-15 . Tak tahan tengok! Sekarang dah tak dah . So , bekas jerawat pun dah kurang .

Hello and Assalamualaikum

Thursday, January 03, 2013 | 2 Penggemar Cookies
Assalamualaikum semua !

Ini adalah blog baru saya . Kalau sudi add la saya dan saya pasti akan add korang balik . Tolong tinggalkan kesan korang dekat shout box saya , saya akan singgah di situ :)