Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Kebaikan Dan Keburukan Tingkatan 6

Saturday, May 18, 2013 | 82 Penggemar Cookies




Hari ini saya nak cerita  pasal tingkatan 6 . Ramai juga lah yang tak tahu pasal format baru tingkatan 6 ni dan ramai juga yang nak tahu apa kebaikan/keburukan tingkatan 6 .

Disebabkan saya memilih tingkatan 6 dan bukannya Matriks or Asasi or Diploma . Saya rasa boleh lah saya cerita serba serbi tingkatan 6 .

Saya masih lagi di peringkat orientasi so saya tak boleh beritahu secara menyeluruh lagi . Saya akan list kan mengikut pengetahuan saya .

Keburukan :

  • Kena pakai baju sekolah jadi tak boleh lah nak bergaya sakan
  • Bangun awal pagi  *haha
  • Suasana yang masih sama mcm sekolah dulu
  • Tidak mendapat pengalaman baharu
  • Kurang glamer . *masih ramai yg menganggap Ting 6 ni tak berapa glamer berbanding Matriks dan Asasi . Alah , korang nak belajar ke nak glamer ?
  • Gila bapak banyak presentation , ada tu siap kena guna powerpoint . *Mungkin sesetengah org tak kisah tapi saya penakut sikit . Kerap diadakan presentation utk membiasakan diri kita bila masuk U nanti .
  • Kena berdikari sikit cikgu dah tak nak tolong lagi . Katanya dah besar . Kalau dah biasa kena suap mmg susah lah hidup korang . Cikgu tolong sikit2 , bagi kata kunci dan teknik utk menjawab soalan je . *senang cakap dah mcm  peringkat universiti lah .
  • Bila ada PBS , agak menyusahkan sikit sebab nanti bila buat presentation orang selain dari cikgu kita akan judge kita . Org tu sama ada cikgu dari sekolah lain or org PPD . *So kena ada confidence level yg tinggi
  • Sekarang guna sistem Semester mcm dekat U tau , jadi setiap sem kena buat bersungguh-sungguh kalau tak dia akan menjejaskan CGPA korang . *cgpa ni markah keseluruhan awak . kalau sem 1 awak subjeknya gagal tapi sem 2 dan 3 awak  bagus , tak boleh juga tau . benda tu tetap akan jejaskan cgpa . so , nak tak nak kena ulang . Kena bayar RM50 utk ulang setiap 1 subjek .
  • Bukunya setebal buku rujukan atau buku teks untuk setahun dan bezanya ialah sebelum ni kita baca buku rujukan tebal2 utk setahun kan ? Kita kena dlm baca 5 bulan je. Wow , "senang" gile kan .
  • Nampak mcm ambil 4 or 5 subjek je . Macam sikit kan . Tapi dia punya detail nya tu jgn cakap lah tebalnya .
  • Format tingkatan 6 yg baharu ni , setiap 6 bulan ada peperiksaan . Rajin-rajin kan lah diri !

Kebaikan :
  • Senang memasuki ke Universiti sebabnya pelajar form 6 tidak perlu pointer yang tinggi , hanya 2.8 ke atas tak spt Matriks dan Asasi untuk masuk Universiti . Ada juga kuota khas yg disediakan khas utk pelajar Ting 6 di U .
  • Cikgu yang dipilih khas utk pelajar ting 6 . Jadi tak ade lah lagi kes cikgu yang tak option mengajar kita.
  • Banyak aktiviti yang menarik disediakan khas untuk FORM 6 . *kelab , persatuan dan badan beruniform lagsung tak sama mcm tingkatan yg lain .
  • Agak senang masuk iaitu perlu dapat sekurang-kurangnya BM kepujian dan 3 subjek lain pun kena kepujian *kepujian tu C
  • Yuran yang lebih murah , paling mahal pun RM 600 campur dgn buku rujukan . Kalau yuran sekolah paling mungkin 200 . *sekolah saya yurannya RM 111.00 tetapi tak campur buku rujukan lah.
  • Sesuai juga untuk orang yang kurang pasti masa depannya apa . Mungkin mereka belum tentukan apa cita-cita mereka . Jadi dgn masuk Form 6 dorang boleh berfikir minat mereka yang sebenar .
  • Tingkatan 6 standard nya sama seperti mendapat Diploma (A-level)  . *kalau korang pergi Sgpore cari kerja (selalu orang Cina suka pergi) , seorang ada STPM seorang ada sijil Matriks . STPM yg akan menang sebab STPM tarafnya lagi tinggi daripada sijil Matriks .
  • Diiktiraf tarafnya hampir seluruh Universiti di seluruh dunia .
  • Senang dapat jawatan di sekolah sebab kita dianggap senior jadi markah KOKO kita pun tinggi . *jadi senanglah sikit nak masuk universiti kan .
  • Sekarang ada PBS mcm kerja kursus . Akan tolong kita sikit dlm menyumbang markah STPM .
  • Form 6 , korang akan belajar setahun setengah je (1 1/2) . So masa yang diambil agak cepat .
  • Sijil STPM korang boleh buat cari kerja or sambung belajar di luar negara.
  • Pelajar Ting 6 selalu didahulukan terlebih dahulu oleh mana-mana Universiti .

STPM atau exam From 6 juga dikategorikan exam paling susah di Asia . Pro or Contra ?
Nak kata Pro pun boleh coz susah tau exam yg pelajar form 6 ambil , bukan calang2 orang . Ahaks . Haha . Tapi jgn risau . Sebab tu pointer rendah pun senang masuk U .

Jujur cakap , masuk tingkatan 6 atau nama glamer nya pelajar Pra-U ni agak berbeza dari apa yang saya fikirkan . Ada juga yg tak suka ambil tingkatan 6 ni sebab kurang glamer , dan ada juga kata ting 6 ni utk budak yg tak dapat U baru pergi ting 6 . Tak juga ! Sebab saya amek form 6 mmg saya yg nak . Jujur ckp saya tak mohon pun UPU tu sebab kos mahal , saya sendiri tak nak dan saya suka duduk rumah . Haha .
Emm , saya fikir ting 6 macam SPM dulu . Yelah kita just belajar apa yang cikgu ajar . Rupa-rupanya tidak ! Jangkaan saya meleset sama sekali . Takde buku teks dah . Awak kena beli sendiri buku rujukan di kedai . Cikgu akan tolong awak utk lulus sahaja , dan kalau nak cemerlang kena lah datang dari diri awak sendiri . Lepastu saya tak suka presentation lah ! Sikit2 kena buat presentation . Kalau awk tak pandai guna komputer macam mana ? Haa , kena lah belajar .
Cikgu juga cakap yang bila awak masuk je STPM . Dalam kepala hotak korang semua mesti dah TARGET A utk STPM . Jgn terdetik sekali pun nak dapat B . Aim high ! Sebab kalau korang aim dapat B pun kire ok lah . Mmg habislah result STPM korang . Disebabkan B korang tu nt akan effect CGPA korang .

CGPA tu apebende ? CGPA tu kira markah keseluruhan lah . Contoh mcm pointer korang masa penggal 1 + penggal 2 + penggal 3 pastu dibahagikan sama rata . Lepastu dapatlah hasilnya . Tak paham gak . Gi google !

Konklusinya , bagi saya setiap tempat yang korang nak belajar ada kebaikan dan keburukan . Ramai yang kata Form 6 ni susah sangat sampai nak meletup kepala , belum cuba belum tau kan ? Biaselah belajar memang lah ada susahnya . Mana ade yang tak susah . Cuba tengok lepasan-lepasan STPM yg berjaya kat luar sana tu , kalau dorang boleh buat , takkan korang pun tak boleh buat gak kan ? Bukannya sebab dorang mmg extreme pandai ke hape , just usaha , rajin dan fokus masa cikgu mengajar . Bagi org Islam plak jangan lupa selalu berdoa Allah SWT . Insyallah boleh berjaya .

 Kpd yg tak dapat pula. Sila mengemukakan surat rayuan kpd pengetua sekolah yg korang nak masuk . Ambil borang di PPD dan hantar ke pengetua sekolah yang diingini .

Kepada sesiapa yang nak bezakan Form 6 dgn Matriks dan Asasi or Diploma. Sila pergi ke :

Blog The Other Khairul (Digalakkan baca)
SINI
SINI

Actually macam-macam lagi nak tulis . Tapi mcm dah panjang sangat je . So terpakse cakap yg penting-penting je . Goodluck ye . Nak tanya apa-apa , just komen . Insyallah saya bantu .

82 comments

May 25, 2013 at 4:06 AM

kita pun rasa orang yang amik Form6 ni hebat . Sebab bukan senang nak score for STPM , tapi tak faham kenapa orang ramai still pndg rendah kat budak f6 esp juniors kat sekolah tuu . hishh

May 25, 2013 at 4:45 PM

Yelah kan bile belek2 buku F6 ni dah nampak dah die punye buku punyelah tebal pastu setiap topik ade byk gile subtopic . Mmg salute dekat sesiapa yg score tinggi pointernya masa STPM .

Tu lah persepsi org sepatutnye dah berubah sbb baru2 ni kerajaan dah naikkan standard F6 sama macam Matriks dan pusat pengajian yg lain .

Love ur comment :)

May 29, 2013 at 3:51 PM

Salam.. Saya pon ambik form6.. sekarang ni dah nak masuk sem 3 :)

May 29, 2013 at 4:07 PM

banyakk manfaat sbnrnyaa kalo amek form6 :)

May 29, 2013 at 5:39 PM

sambung faorm jgak ? sama la kita. sbnrnya bdak form 6 lagi dipandang drpd bdk matrik.

May 29, 2013 at 6:13 PM

perkongsian yang baik..

May 29, 2013 at 8:59 PM

@zuzuBEBE
W'salam . Wah same lah kite tp kirenye senior la ni ye . Huhu

May 29, 2013 at 9:00 PM

@syahirah Yela kan setelah sekian lame~ hehe :)

May 29, 2013 at 9:00 PM

@missh chiorika

Ye betul . setuju ~

May 29, 2013 at 9:08 PM

betul juga..form6 kalau result bagus..dipandang..kalau matrik ada yg kata sijil tak 'laku' walahualam la..btw akak rasa sistem semesta ni lagi susah kan dri terminal..eheehe..kita dlu form 6..batch 2011/2012 ^^


semoga berjaya ea..dapatkan pointer gempak2..

nice info too.. :)

May 29, 2013 at 9:12 PM

terbaek la :) betol sngat 2..bljar elok2..smoga dpermudhkanNYA

May 29, 2013 at 10:14 PM

itulah antara kelebihan org yg pernah masuk form 6. Masuk u nti dia akan ada satu kelebihan iaitu boleh present dengan baik sebab masa form 6 banyak sangat present. Ini merupakan satu kelebihan berbanding student diploma or matrik.. Apa2 pun, good luck!!! Chayo, chayo!!

May 30, 2013 at 10:51 PM

akak lebih prefer masuk form 6 dari matriks...lagipun form 6 sekarang dah mudah..x mcm dulu.. :)

Anonymous
May 31, 2013 at 11:54 AM

thanks for the info . huhu seram pulak nak buat presentation !

Anonymous
May 31, 2013 at 4:57 PM

abg sy baru masuk form 6.. nak kena suh dy bace ni entry nih..hihihi

June 2, 2013 at 11:18 PM

kalau adik rasa boleh scor form-6, mmg plg baik pegi form 6. kalau x yakin jgn ;)

June 4, 2013 at 2:54 AM

tapi kat sekolah hanna , semua cikgu yang tolong. Kiteorg cume buat skit2 je. So, tak terlalu berdikari sgt lah kan?hee. Lain sekolah lain carenye kot?but best ape masuk form6 even kena pkai baju skolah and kena dtg awal pagi, but masuk f6 nie lah jln yg pling pintas dan pntas skli nk grab ijazah itupun if we really want it. Ape2 pun form6 memang pilihan terbaik. Nak seribu daya, xnak seribu dalihkan? :)

btw, thniah sebab dah buat plihan terbaik untuk msuk f6 ^^

June 4, 2013 at 5:33 PM

@Hanna Nabiella

Owh yeke . Wahh untungnye ! Jeleslah . Hmm sekolah sini cikgu semua suruh kitorang bajet2 mcm budak Uni . Huhu

June 5, 2013 at 8:12 PM

@Mizz Aiza Trime kasih :)

June 5, 2013 at 8:12 PM

@Nana Liena Haah kan ? Thank you for your support :)

June 5, 2013 at 8:13 PM

@S.K.A Insyallah dan Amin . Time kaseh ye .

June 5, 2013 at 8:13 PM

@Aniq Bukhary Betul3 . Hehe . Time kaseh :)

June 5, 2013 at 8:14 PM

@Cik JariManis Dengar kate gitu jugak lah kak :)

June 5, 2013 at 8:15 PM

@Siara Elina Insyallah boleh buat . Mase tulis entry ni sy belum buat , rase takut sgt . Lepastu skrg ni dah lepas buat . Dah tak rase pape dah . Memulakan biase lah takut lelame dah biase dah :)

June 5, 2013 at 8:16 PM

@IDAH RASHID Bace jgn tak bace . Huhu . Anyway , thanks bace :)

June 5, 2013 at 8:18 PM

@zack304 Insyallah boleh . Kena usaha lebih lah , tak bole malas2 cam dulu . Huhu

July 11, 2013 at 8:20 PM

truskan pengajian anda di form 6 sbb byk klbihan brbnding diploma

August 13, 2013 at 9:49 AM

PelitaSiang ~ Thnks Q cik admin .. baru taw skrg huhuh .. hurmmm nk masuk la lepas nie hee .. =)

Anonymous
November 8, 2013 at 11:56 PM

Saya amik f6 jgk skrg sem 1 .. alhamdulillah..saya tk mnyesal :) dh nk final ni.. hope yg terbaik n for you too admin :)

Anonymous
January 10, 2014 at 9:31 AM

Thank tuk informasi nya

fazira
January 10, 2014 at 9:33 AM

:-)

Anonymous
January 22, 2014 at 7:41 PM

Assalamualaikum, kak ..
Klau asasi dgn form6 yg mna ok eh?
Buntu la, tau nk smbng nk ambil apa.. mohon penjelasan , Tq :)

Anonymous
January 22, 2014 at 7:44 PM

Lupa plak nk tnya, klau kita masuk form6, kena isi tk yg UPU tu, mohon penjelasan .. tQ :)

Anonymous
March 22, 2014 at 7:01 PM

bukan asia tapi dunia la

March 23, 2014 at 10:13 AM

saya pon bekas pelajar pra-u dan saya batch pertama dalam sistem modular yg menyusahkan...terus trang sye ckp,bru sye sdar btape sshnyer nk msuk universiti kalo tingkah laku kte msih sprti kte dibngku skolah..bru sye sdr yg sbnrnyer sye blum brsedia nk msuk U..sthun setengah bljr form 6,mcm2 sye dpt,x sia2 btol..pndekkan crite,pra-u telah mematangkan sye..^^

March 23, 2014 at 10:13 AM

saya pon bekas pelajar pra-u dan saya batch pertama dalam sistem modular yg menyusahkan...terus trang sye ckp,bru sye sdar btape sshnyer nk msuk universiti kalo tingkah laku kte msih sprti kte dibngku skolah..bru sye sdr yg sbnrnyer sye blum brsedia nk msuk U..sthun setengah bljr form 6,mcm2 sye dpt,x sia2 btol..pndekkan crite,pra-u telah mematangkan sye..^^

March 23, 2014 at 5:40 PM

okey sis , memandangkan kita niy pun da terpengaruh dgn entry ni . rasa mcam nak join f6 niy tapi mcm mana cara nye ea ?

Anonymous
March 26, 2014 at 2:04 AM

good to know these things... Thanks for the sharing!!!

April 10, 2014 at 10:57 AM

whoaa, cm sheram jew..haha

Anonymous
April 15, 2014 at 3:23 PM

Try la msuk stpm..sye sndri pon msuk stpm yg baru ni..da dpat result da..alhamdulillah..dpat 3.50..

Anonymous
April 26, 2014 at 1:16 PM

bole sy tau akak aliran apa?

wani96
April 28, 2014 at 1:06 PM

Saya keliru sama ada saya boleh belajar dalam form 6 ke x.Macam mana ni ? Kalau kita masuk Form 6 , Pastu kita dapat tawaran dari U , Boleh ke kita berhenti Form 6 ? Ramai yang kata Form 6 nih susah ! Jadi , Saya rasa seba salah sekarang. Tambahan pula, admin kata b=Form 6 banyak presentation :( Saya jadi gemuruh n terketar2 bila presentation nih. Selalunya Pelajar Form 6 nih , tinggal Hostel kan ? Tolong saya :(

June 15, 2014 at 10:16 PM

So kiranye x sia2 aku tolak matrik..form 6 gak pilihnku..huhu

September 1, 2014 at 9:56 AM

goodluck dik amek form6 . belajar rajin rajin .hafalan kena mantopp o :)

January 16, 2015 at 7:16 PM

nak sambung f6 tp banyak bagi bad thought pls give so advice that make me semangat balik! :(

February 24, 2015 at 2:46 PM

susah sangat kah blajar form 6 ni? byk sangat komen2 negatif psl bljar form 6 ni? 2 thn juga kan bljr tp kata ikut semester. anak akak tgah tgu result spm 2014 ni,? bbaloikah bljar form 6 ni?

March 16, 2015 at 1:35 PM

Assalammualaikum.. saya naik semnagat nak buat betu-betu form six ni lepas baca blog awak... terima kasih ya. <3 <3

Anonymous
March 23, 2015 at 3:00 PM

Assalamualaikum kak..kalau masuk f6 ni lepas je tamat bljr , buleh xfly mane2 utk smbg degree?? N lg satu lepas tmat f6 ni buleh apply scholar mara jpa n so on x??

Anonymous
April 15, 2015 at 12:10 PM

Syllabus, presentation n lecture dlm class in melayu or engish?

April 15, 2015 at 6:52 PM

Saya dapat result cemerlang SPM 2014 (9A)...tak dapat matriks... tiba2 dpt tawaran Form 6 jurusan sains. Thanks for the info....

April 15, 2015 at 6:52 PM

Saya dapat result cemerlang SPM 2014 (9A)...tak dapat matriks... tiba2 dpt tawaran Form 6 jurusan sains. Thanks for the info....

Anonymous
April 17, 2015 at 1:32 PM

Saya nak tanya kalau da masuk f6. .n dapat tawaran upu. .kita boleh berhenti x? Kiranya kita masuk f6 just untk sementara je. Sementara tgu pgln upu .boleh ke ?

April 28, 2015 at 2:39 PM

Hanya pandangan 9A keatas better buat asasi dan bidang2 pilihan kursus professional kena skor untuk pilih kursus propfessional pointer 3.9 above. 5A to 8A kebawah buat diploma...itu lebih baik..skor 3.5 above boleh buat bidang2 professional 5A kebawah matrik atau tingkatan 6 1A to 3A buat kursus pra di IPTA dah tentu boleh sambung diploma di IPTA usha lebih skit 1A atau x de A..pilih bidang2 kemahiran yang minat. banyak kolej kemahirandisedialakn oleh pihak kerajaan..kolej komuniti, giatmara, IKM, IKBN dll Terakhir sekali ...cari IPTA dulu..kalau x de pilihan baru IPTS. Waallahualam

April 28, 2015 at 2:41 PM

Saya nak tanya kalau da masuk f6. .n dapat tawaran upu. .kita boleh berhenti x? Kiranya kita masuk f6 just untk sementara je. Sementara tgu pgln upu .boleh ke ?

Anonymous
July 27, 2015 at 10:43 PM

Masuk mana2 pun bagus, Allah tahu yg terbaik utk kita, saya pun bekas student form 6, alhamdulillah saya lulus, sumpah form 6 dah bagi saya satu pengalaman yg terbaik, saya tak akan pernah menyesal masuk form 6, i love to be a form 6 student, pesanan saya enjoy your moment dlm form 6, hormat guru, buat pbs btl2 sbb pbs SANGAT membantu utk dpt result yg cemerlang.......saya sgt syorkn masuk form 6, highly recommended

Anonymous
September 20, 2015 at 11:10 AM

sye merupakan pljr f6 sem 1..kos kemanusian..act sye dpt aliran sains tpi sbb kos sns ni agak tough..so sye mohon tukar kos kemanusian.bgi aliran kemanusian tidak lah sesukar aliran sns..asalkan ada niat nk masuk u dan rajin, in sha allah smuanya senang dan mudah..

Anonymous
October 29, 2015 at 8:15 AM

Salam .. sy form 5 utk thun 2015 .. n msih dlm dilema sma ada nak ambik asasi or stpm . Tgk pada comment2 , mmg positive comments .. tetapi , sy masih tkut utk masuk stpm sbb slah sorang senior sy ckp , bahawa .. masuk stpm seolah2 mmbunuh diri sndiri .. jadi , ap pendapat admin ? Hmm thank you :)

Anonymous
November 19, 2015 at 1:57 PM

T.T susah. rasa give up. kata kata dri guru tak memberangsangkan. diaorng terlalu kejam. mereka suruh kami semua berhenti saja kalau tak boleh bawa. dri ada semangat nak belajar now hilang.

December 9, 2015 at 7:42 PM

Org kata masuk form 6 ni nk buat karangan dia seribu patah perkataan betul ke?

January 6, 2016 at 5:30 PM

tak juga dik, abg pun pelajar f6 aliran sastera. karangan bahasa melayu untuk sem 1 cuma 600-650 patah perkataan sahaja. cuma kena pandai main dgn masa. kalau sejarah pula, ada 6 soalan esei dan perlu menjawab 4 soalan esei. esei panjang dan selalunya 1 soalan memerlukan 2 kertas. jangan risau, dengan memilih utk menyambung pelajaran di tingkatan 6 ni la biasanya kita akan ada basic untuk further degree dekat universiti. so, kuatkan mental dan perlu banyak usaha! insyaAllah akan berjaya

Anonymous
January 6, 2016 at 5:40 PM

saya bekas pelajar tingkatan 6 batch 2013/2014. pada mulanya agak berat juga untuk menyesuaikan diri tetapi akhirnya berjaya juga mengharungi segala cabaran di tingkatan 6 ni hahaha dan alhamdulillah berkat usaha dan doa saya memperolehi CGPA 3.7. sekarang sudah berada di Universiti Kebangsaan Malaysia. so, kena kuatkan mental dan jangan layan apa orang nak cakap. all the best kepada adik-adik yang bakal meneruskan pembelajaran di tingkatan 6! ☺

Anonymous
January 6, 2016 at 5:47 PM

rileks dik. haha hiraukan je apa orang yg nak cakap. f6 ni hanya setahun setengah, so kena struggle lebih. jangan risau, kalau boleh menyesuaikan diri di tingkatan 6 ni dan memperoleh CGPA yg bagus, mana-mana universiti di Malaysia akan menerima kita dan boleh fly ke luar negara. insyaAllah!

afiqmustafa
March 17, 2016 at 3:27 PM

percayalah , belajar stpm lebih baik daripada yang lain. bukannya nak merendahkan kelayakkan yang lain, cuma stpm dapat lebih banyak manfaat.
aku dulu pun dapat offer matrik, tapi nak ubah angin untuk try stpm. tapi alhamdulillah, dapat CGPA 3.5 pun dapat 3 offer universiti : UM , USM , UKM. tapi pilih USM jugak sebab harga jauh lebih murah daripada universiti lain.

apa yang penting waktu belajar stpm/matrik/diploma/degree, kena rajin.
tak ada yang pandai, tak ada yang bodoh. apa yang membezakan ialah usaha.

makin tinggi belajar, memang semakin susah. tapi percayalah kehidupan lepas belajar berkali ganda lagi susah. :)

April 6, 2016 at 9:32 PM

Alhamdulillah... Sy pljr sederhana semasa mngmbil exam spm... Berkat rajin,usaha...dpt kputusan cemerlang STPM...3A,1B+ ( pointer 3.84).. Hehe

April 14, 2016 at 10:46 PM

Saya xdpt matriks but dpt f6. Lepas baca entry ni rasa bsemangat pulak. Insyaallah saya akan belajar di f6 :D

May 4, 2016 at 7:58 PM

macam mana form 6?ok ke....saya ni baru orentasi nk masuk form 6

May 4, 2016 at 7:58 PM

macam mana form 6?ok ke....saya ni baru orentasi nk masuk form 6

Anonymous
September 28, 2016 at 5:42 PM

Saya skrg sdg bljr di form 6 tapi subjek2 di form 6 mcm x kena dengan jiwa saya. Mental sy tak kuat. Saya dpt 6A(bm, bi, pai, Lk, Sj, math) SPM dn pnh mntk IPG tp x dpt, saya sgt kcewa dgn tu dn smpai skrg smgt saya belum pulih. Saya x dpt matrik sbb addmath dn kimia saya D, rayuan pun still x dpt. saya dpt uitm kos seni lukis seni reka tp saya tolak sbb tggu result IPG hm skrg rsa menyesal sbb tolak. Saya tgh dilemma dgn form 6 sbb subjek2 nya sgt susah, saya ambil kemanusiaan; eko bm pa geo. Tapi klau saya berhenti ke mana harus saya pergi. Nak ke IPTS tapi taktau nak pilih IPTS mana yang elok dan course apa yang ok dgn diri ni. Saya minat Lukisan Kejuruteraan sgt2 dn smpai skrg xboleh move on lg. Bantu saya, saya buntu ☹️️☹️️

April 23, 2017 at 7:49 PM

Kak , kalau aliram sains susah sangat ke ? Saya spm dapat 5a 1b 3c+ .

April 25, 2017 at 3:59 PM

hai hafa... aliran sains senang je klau belajar ...
macam orang kata .. usaha doa tawakal... saya pun tahun ni ting. 6 tapi kemanusiaan..

May 20, 2017 at 4:15 PM

Hai. Saya baru mula belajar stpm tahun ni dan insya-Allah saya akan buat yg trbaik unt stpm ni. Wlaupun sy dpt tawaran upu, tpi saya tolak sbb krg berminat dgn program yg ditawarkan. Soalan saya, awk masuk UKM tu dalam bidang apa ya? Adakah semua bidang yg dtawarkan bertemuduga?

May 20, 2017 at 4:20 PM

Terima kasih atas nasihat tu. Saya baru mula belajar di tingkatan 6 pd thun ni. Dan sy nak tanya, lepas habis stpm dan dapat result, upu tawarkan 1 universiti sahaja atau banyak universiti? Awak pilih bidang apa ya? Adakah kebanyakan program ijazah bertemuduga?

May 20, 2017 at 4:23 PM

Pilihan yg terbaik,stay di tingkatan 6 dan mohon ipg pula buat kali kedua atau habiskan stpm dan mohon program yg kita minat. :)

Anonymous
March 6, 2018 at 2:33 AM

yaa. ap yg admin ckp mmg btul ��.. sy pilih utk masuk form 6 n skrng ni tngah tnggu keputusan . which is hari ni n pukul 12 tngah hari nanti ��. stpm bukan level susah yg biasa2 . tpi macam harey dia punya susah . haha tpi sy dpt hbiskan n alhamdulillah keputusan sem 1 smpai 3 memuaskan . lulus smua sub pon dh ckup rasa sngt2 brsyukur .. ap2 pon thnks utk nasihat yg diberi pada setengah thun yg lpas . haha sbb admin , sy plih stpm n dpt hbiskn . thnks����

March 7, 2018 at 10:52 PM

mmg semua form 6 kene wajib pakai bju skolah cm biasa ke @ dh boleh pakai kasual ?

May 21, 2018 at 4:26 PM

Skrg dh boleh pakai baju kasual. No more baju sekolah😊

February 18, 2019 at 12:25 PM

Assalam.sy pljr lpsn spm 2018.nk tnya stpm ni nanti dia offer lps kluar result or sblm klua result?

April 21, 2019 at 11:24 AM

Klu result spm mcm nie, boleh je mohon diploma sains komputer(multimedia),UTM dibawah pusat kerjasama universiti awam.

September 27, 2019 at 9:27 AM

Hakikatnya ramai anak melayu malas nak amik form 6 sebab susah.dorang nak senang masuk universiti tu sbb amik matrikulasi....ramai yg sedar konsep bersusah dahulu senang kemudian.yg susah akan bawsk kita jauh keatas.cina dan india jer yg ramai buat form 6.form 6 juga entry kemasukan ke universiti singapore pd yg nk study kst singapore....da dari singapore lepas degree terus lerja di singapore atau luar negara

September 27, 2019 at 9:59 AM

Anak saya dipaksa buat form 6,memang dia tak suka sb kawan2 dia dh buat matrikulasi,sebab buat form 6 adalah kerana sy nk menghantarnya ke NUS spore,syarat kemasukan NUS adalah form 6.dia tak nk masuk NUS,sy bgtau dia kalo tak nak NUS maka dia kena masuk uni yg no satu di Malaysia....arini dia dlm tahun 2 jurusan Law dalam Universiti Malaya..

Post a Comment