Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Jerebu Di Muar

Sunday, June 23, 2013 | 1 Penggemar Cookies

Lama Miss Ena tak update blog  kan . Yelah jadi busy pulak bila dah masuk Form 6 ni . Macam-macam assignment diberikan oleh cikgu tanpa belas kasihan . Ape boleh buat , untuk kita juga kan .

Ok , korang dengar tak pasal Jerebu yang makin menjadi-jadi sekarang ni ? Pehh , sebagai seorang insan yang tinggal di Muar , senang cakap dah macam Cameron Highland duduk sini . Pagi-pagi bangun je berkabus pemandangan sambil mengirup udara bertoksik . Kengkadang tu rasa macam ada orang bakar sampah dalam rumah je . Punyelah kuat bau jerebu siap masuk rumah tak bagi salam lagi .

Ditambah lagi pulak dengan sekarang dengan ketiadaan hujan yang sudah lama menghilang . Makin menjadi-jadilah jerebu ni . Pada mulanya , minggu lepas tahap IPU 170 + esoknya jadi 200+ pula , semalam 400+ dan tiba-tiba hari ni 700+ ! Entah-entah esok lusa tahap IPU kat Muar ni jadi 1000 agaknya mengalahkan tahap IPU Sarawak pada tahun 1997 iatu 800 .

Nak tahu tahap keterukan jerebu kat Muar ni ? Cuba tengok gambar ni :

Gambar kat bawah ni diambil dalam pukul 12.00 tengah hari dan 2.00 petang . Patutnya waktu-waktu macam ni kita boleh lihat cahaya matahari yang terik dan langit yang terang benderang . Tapi disebabkan Jerebu yang durjana ini , orang-orang Muar hanya boleh lihat kabus bertoksik yang berwarna kekuningan atau putih.






Gambar satelit yang menunjukkan titik merah iaitu aktiviti pembakaran dijalan kan di Sumatera .

Jadi kalau korang yang agak2 nak buat aktiviti di luar rumah tu , batalkan jelah . Korang nak ke sedut udara yang dipenuhi dengan partikel-partikel debu dan asap ni ? Alangkah duduk rumah pun tak berapa nak selamat apetah lagi duduk di luar rumah . Lagi2 yang ada penyakit macam asma dan penyakit berkaitan dengan paru-paru , lagi lah tak boleh . So jangan lah lupa pakai mask/topeng muka sewaktu keluar dan jangan lupa bawak eyemo di mana shj anda berada sebab gerenti mata mesti pedih gila .

Bila baca berita-berita yang sebelum ni pun ada masalah Jerebu sampai diisytiharkan Darurat . Terfikir juga dalam diri ini , kenapa perkara ni boleh terjadi berulang kali ? Tak ade langkah pencegahan yang diambil ke ? Selalu mesti datang dari Indonesia . Tak kisah lah wlpon dorang kata syarikat Malaysia & Singapura yang turut terlibat . Buatlah sesuatu agar perkara ini tidak berlaku lagi , penat lah asyik sedut asap busuk je setiap hari .

Diharapkan cepat lah pulih keadaan spt biasa . Sebab memang dah tak tahan dah . Minta jasa baik korang doakan yang terbaik untuk kami di Muar ni dan juga kepada mangsa2 jerebu di negeri lain ....

UPDATED : Muar telah pun diisytiharkan darurat pleh PM Najib Razak .

Psst .. Dengar kata dah sampai Kluang dengan Petaling Jaya . Bersiap-sedialah korang semua . Jerebu ni sedang menular ke negeri-negeri lain juga . Prepare for the worst guys !

Tolong Letak Link Blog Dekat Google Friend Connect

Saturday, June 08, 2013 | 12 Penggemar Cookies

Ok , hari ni Miss Ena nak bagitahu cara letak link blog dekat Google Friends Connect . Saya percaya ramai yang dah tahu . Tapi masih ada segelintir yang masih tak letak lagi links. Sayang tau .

Contohnya , ade sesetengah kes . Orang tu tulis yg die dah follow blog saye di shoutbox . Tapi masalahnya die tak tulis link blog die dekat shoutbox dan kalau ade pun die letak e-mail . Erk , so mcm mane saye nak follow blog die balikk ?

Jadi saya akan cari lah dekat Google Friend Connect saya dekat sidebar ni . Lepastu bile dah agak2 macam nama sama dgn org yg tinggalkan shouts dekat shoutbox saye . Ade satu lagi problem plak . Bile saye click gambar die . Takde link blog lah plak . Habis tu mcm mana nak follow ??? Bukan taknak tapi tak tau camne nak follow balik .

Jadi tolonglah tulis link blog anda yg betul dekat shoutbox . Tak pun pastikan korang dah siap2 letak link blog dekat Google Friends Connect . Hmm , taktau  macam mana ?


Kalau taktau , ok caranya macam ni .
Mula2 pergi dekat blog korang . Dan tekan korang punya Google Friend Connect sendiri bukan di blog orang lain ye.

Pergi dekat blog korang and then tekan mcm kat bawah ni .
Haa , tekan "JOIN THIS SITE"

Lepastu dia akan keluar macam ni :

Korang click More Options
Lepastu :
Ok , tekan Edit Blogger Profile



Die akan keluar something . Pastikan korang click EDIT MY PROFILE BLOGGER . Jangan tekan cancel pulak ea .


Lepastu die akan keluar satu page . Scroll bawah sikit . Cari bawah gambar korang .
Tulis link blog korang kat situ .

Jadi nanti bile ada org tekan gambar korang di Google Friend Connect tu . Die akan keluar mcm kat bawah ni . Nampak tak ade LINKS dan bawahnye link blog kita .

Ok, pastu dah lah save senang je . So , lain kali senang sikit org nak follow wlupon korang tak tulis link dekat shoutbox orang tu .
Ini tips untuk orang yg terlepas pandang or mungkin newbie . Kalau otai2 mesti dah reti punye ni . hehe



That's all for today . Thank you for those who have followed me . I'll definitely follow you back . Plz ask me at the shoutbox if I haven't . State your link too ! I would definitely follow you back . Peace and goodnight :)


Makanan Dan Minuman Yang Boleh Merosakkan Gigi

Friday, June 07, 2013 | 10 Penggemar Cookies

Ok disebabkan gigi adalah antara aset penting yang ada di badan kita . Sangatlah penting untuk kita menjaganya dan membuat pencegahan awal daripada merosakkan gigi .

Jadi harini , Miss Ena nak beritahu beberapa makanan dan minuman yang sememangnya boleh membawa kemudaratan kepada gigi kita .

Antaranya ialah :






   1. Teh


Seperti yang kita sedia maklum , air teh memang terkenal sebagai antara minuman yang memberi banyak kelebihan kepada diri kita . tetapi ia juga berpotensi merosakkan gigi kita . Menurut kajian oleh para dentist,  bahan di dalam teh boleh merosakkan gigi kita . Terutama sekali tea hitam dan juga teh herba . Jadi ambillah dengan secara bersederhana sahaja .

    2.  Sos

- Sos seperti sos cili, sos tomato dan sos kicap memang sedap dimakan . Tetapi disebabkan pewarna yang kuat di dalam bahan-bahan ini . Jadi selepas makan yang bersos pastikan kumur lah mulut dengan cepat dan selepas itu beruslah gigi untuk mengurangkan kerosakan terhadap gigi kita .

   3.  Air Minuman Bertenaga

- Oleh kerana asid yang kuat di dalam air ini . Ia akan menyebabkan warna gigi kita pudar dan juga menghakis gigi kita . Adalah lebih baik untuk menjadikan air kosong sebagai pilihan utama kita selepas bersukan.




   4. Buah-Buahan Beri

-  Kadang-kadang bila kita makan strawberi atau makan blueberi . Akan terdapat sisa warna buah-buahan tersebut yang masih melekat di gigi kita kan . Ini menunjukkan betapa kuatnya kesan warna tersebut terhadap gigi kita . Warna-warna tersebut sebenarnya boleh menghakis gigi kita . Amatlah digalakkan unuk makan buah-buahan yang warnanye tidak terlalu ketara . Kalau nak makan pun , makanlah sikit janganlah berlebih-lebihan.

   5. Soda,Cola Dan Minuman Berkarbonat yang lain

- Pasti ramai yang tahu pasal keburukan minuman-minuman ini . Tahap asid dan chromogens yang tinggi boleh menyebabkan tahap hakisan terhadap gigi dengan kuat . Walaupun meminum air soda yang jenis ringan pun dah cukup kuat untuk meghakis gigi kita ! Kebanyakan air ini juga diletakkan bahan pewarna untuk menambahkan kekuatan hakisan terhadap gigi kita .

Tapi jangan lah kita tidak makan langsung beberapa bahan yang berkhasiat di atas . Contoh macam buah blueberi tu kan . Buah blueberi mempunyai antioksidan yang tinggi jadi makanlah tetapi dengan kadar yang sederhana sahaja .

Selain itu , gunakan lah straw untuk minum minuman yang berpotensi untuk menghakis gigi kita. Kerana ini secara tak langsung dapat mengurangkan risiko gigi depan kita terhakis .

Kalau nak makan atau minum minuman yang boleh menghakis gigi kita . Pastikan kita kunyah cepat2 dan terus telan untuk mengelakkan ia daripada berada dekat di gigi kita . Tapi pastikan kunyah betul2 , kang tak pasal2 tercekik pula .



Akhirnya ... Dapat juga renovate blog ni .

Sunday, June 02, 2013 | 6 Penggemar Cookies



Perasan tak header baruu dan template baru ? Hehe . Kalau ade orang ingat lah . Sebenarnya baru tukar . Walaupun takdelah tukar banyak sangat sebab saya suka blog yg simple n clean tetapi makan masa sehari suntuk juga lah renovate blog . Yelah sekarang kan cuti , nanti naik sekolah dah bz , akan berhabuk sikit lah blog ni. Saya akan selalu online cuma tak update entry baru je.

Nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada follower baru sebab sudi follow balik sehingga follower saya meningkat . Walaupun takde lah banyak sampai beribu riban tetapi saya tetap bersyukur jugak :)

Nak update entry baru yg lebih berinformasi sebenarnya ni tapi penat plak . Akan sambung esok lah ye .
Salam and goodnight to all :)