Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Overwhemingly stress from studying ...

Friday, September 27, 2013 | Comment


Salam Jumaat . Hari ni tak tau pula kenapa tergerak hati ni nak mengupdate blog yang disarangi lelabah selepas berbulan-bulan tak buka . Patutnya saya sekarang masih kat sekolah lagi . Tapi hari ni jadi jahat sikit sebab ponteng sekolah . Haha . *Sorry cikgu .

Macam-macam jadi dalam beberapa bulan ni menjadi pelajar Form 6 . Stress tu jangan cakap lah memang menimbun juga lah . Lepas tu dalam around bulan lepas lah , hampir seminggu setengah tak datang sekolah sebab demam panas berapi . Jadi bile sampai sekolah dah tak paham sebab miss pelajaran yang agak banyak lah juga . So yeah , pelajaran selepas habis  Form 5 ni memang tak boleh tak datang or nanti kita tak akan faham apa yang cikgu cakap . Nasib lah saya ada kawan yang membantu .
Untuk elakkan kita sakit , penjagaan kesihatan kenalah dititikberat kan . Contoh kalau belajar gila2  sebelum exam sampai tak jaga kesihatan lepas tu tup-tup je jatuh sakit pula , time exam tak boleh jawab juga .




Okay nak cakap pasal Form 6 or nama glamour Pra Universiti . Nak study memang banyak . Lepastu kertasnya takde objektif plak tu kecuali Pengajian Am itu pun dalam 15 soalan je . Memang payah lah , soalan esei je memanjang . So tak sesenang masa Form 1-5 dulu sebab everyhing yang kita baca jangan nak faham kan je  tapi sekarang kena hafal satu persatu . Lagi-lagi orang macam saya ni yang tak suka menghafal memang challenging habis lah . Dah lah tu apa yang kita belajar pun baru , kalau ada related dgn pelajaran dulu pun ciput je . Nak faham kan apa yang kita belajar pun perlu kan masa juga , nak hafal lagi . Latihan pun belum buat lagi . Lepastu exam lagi 5-6 minggu je lagi . Rasa nak menjerit je sekuat hati .

Lepastu subjek EKONOMI . 50% tak paham okay . Bile cikgu ajar paham , tapi bile di beri soalan memang jam otak nak jawab sebab tak tau cara macam mana nak aplikasikan apa yang kita baca ke dalam jawapan . Memang problem habis lah .

Lepastu bulan depan , ada exam SPEAKING MUET plak . Pehh ! Belajar 4 subjek tu lagi pun belum habis lagi . MUET lagi . Tahun ni kalau meletop kepala , memang tak mengejut lah kan .

So , these are among the reasons why I can't my blog as often as before . So , I'm sorry menyebabkan blog ni berlapuk . Insyallah bila betul2 ada free time macam dah habis Penggal 1 nanti . Akan jadi aktif balik lah .

To all 95's yang sambung study , gambatteh ! Tak pe lah belajar susah untuk sekarang coz bersusah dulu , bersenang-senang kemudian . Our batch rules !