
Assalamualaikum .
(RE-POST FROM MY OLD BLOG)
Haa
, bila kita tak habis makan mesti kita akan bagi dekat kucing kita kan ?
Tak pun bagi kat kucing jalanan .Tapi tanpa kita sedari beberapa
makanan yang boleh dimakan manusia adalah BERBAHAYA untuk kucing . Boleh
membunuh tau !
1) Coklat
Saya percaya ramai yang dah tahu pasal kucing tak boleh makan coklat ni , bukan shj anjing je boleh mati makan coklat , kucing pun boleh ! Kucing dan anjing tak boleh makan coklat adalah kerana adanya ejen toksik bernama THEOBROMINE di dalam coklat . Coklat putih pun tak boleh makan tau , terutama sekali "dark chocolate" . Ia akan menyebabkan kucing mengalami sawan dan akhirnya mati . Secebis seciput sejilat coklat pun tak boleh !
2) Bawang Merah , Bawang Putih , Bawang Besar Dan Daun Bawang
Haa , ni memang selalu orang tak perasan . Selalunya kalau makanan kita tak habis kita selalu dgn "baik hatinya" bagi kita kucing sikit . Contohnya NASI GORENG yg tak habis dan macam-macam lagi yg dimasak dengan atau bersama bawang . Tidak kisah lah bawang yg telah dimasak atau mentah (asalkan berkaitan bawang) memang bahaya untuk kucing , ini kerana bawang MEMBUNUH sel darah merah dan akhirnya akan menyebabkan kucing kita mengalami sakit ANAEMIA iaitu penyakit kurang darah merah .
3) Caffeine
Teh dan kopi selalunya memang sedap diminum tapi amat berbahaya untuk kucing . Mana tahu air teh tak habis korang pun kasi kucing jilat .Pehh ! Caffeine akan menyebabkan kucing menghadapi keracunan caffeine , kekejangan , pernafasan menjadi laju dan mungkin juga mati .
4) Susu dan Produk Diari Lain(contoh keju)
Sesetengah orang kan dia suka bagi susu dekat kucing sebagai minuman , tetapi sebenarnya TAK PAYAH sebab perut kucing TAK SAMA macam kita . Minum air je cukup . Walaupun kucing minum susu semasa kecil tapi bila besar kucing tak ada enzim yang boleh menghuraikan laktose dalam susu . Ini akan menyebabkan kucing sakit cirit birit yang teruk dan boleh menyumbang kpd kematian .
*Tips : Kalau awak mempunyai anak kucing yg kehilangan ibu atau awk ambil kucing terbiar tanpa ibu , JANGAN SESEKALI BAGI anak kucing tu SUSU LEMBU . MATI jawabnya anak kucing tu . Sebaiknya pergi kedai haiwan dan beli susu pengganti susu ibu atau kalau takde beli susu kambing , ok ?
5) Ikan (terutama sekali Ikan Tuna)
Ok , ini memang mengejutkan sikit sebab selalu orang fikir makanan kucing je mesti ikan kan ? Ye memang boleh bagi kucing makan ikan tapi jangan jadikan ikan sebagai makanan tetap dan harian mereka . Bagilah makanan kucing macam Friskies atau Whiskers . " Habis tu Friskies tu bukan ade ikan juga ke ?" Memang betul , tetapi ade juga vitamin-vitamin lain dalam Friskies tu bukanya ikan semata-mata .
Kalau awak selalu sangat bagi makan ikan Tuna pula , kucing awak akan menghadapi keracunan merkuri sebab kandungan merkuri dalam ikan adalah tinggi .
Satu lagi , JANGAN bagi kucing makan IKAN MENTAH sebab dalam ikan mentah ada enzim yang membunuh thiamine iaitu vitamin B yg diperlukan kucing . Kekurangan thiamine akan menyebabkan kucing coma dan akhirnya mati .
6) Roti
Selalunya roti akan mempunyai ejen penaik contohnya doh yis sebab yis tu boleh membesar dalam badan kucing dan menyebabkan sakit abdomen dalam badan kucing tu .
7)Alkohol
Siapa bagi kucng ni memang gile . Bagi alkohol kat kucing akan menyebabkan korang berjaya menjadi pembunuh kucing berjaya .
8)Garam dan Gula
Garam yang berlebihan akan menyebabkan kucing mengadapi ketidaksetabilan electrolyte manakala gula berlebihan akan menyebabkan kucing mendapat diabetes dan obesiti , samalah macam manusia .
9)Telur Mentah dan Daging Mentah
Telur mentah dan daging mentah akan menyebabkan kucing akan mendapat E.Coli dan Salmonella . Selain itu , kucing juga berisiko untuk menghadapi keracunan makanan sama macam manusia juga .
10)Daging berlemak dan Tulang
Memberi makanan yang berlemak kepada kucing akan menyebabkan kucing mepunyai darah tinggi dan strok (macam manusia) . Tulang pula akan menyebabkan kucing tercekik dan sakit perut .
11)Cendawan
Cendawan akan menyebabkan toksik kepada kucing , koma dan akhirnya kematian .
Sejak saya baca info ni , terus saya tak bagi kucing makan makanan yang bertulang dan makanan yang ada bawang contohnya macam nasi goreng yg tak habis makan (dulu selalu buat) . Kalau korang nak bagi sisa makanan tak habis contohnya kari ayam . Ayam tu korang basuh dulu pastu baru bagi kucing sebab dalam kari mesti ada bawang kan ? Janganlah sebab kita kucing tu merana , ok ? Selamat beramal ;)
Sumber : sini dan sini
Tweet

49 comments
Erkk, betul ke yang pasal bawang tu. takut-takut pernah terkasi kari ayam (tak basuh) kat kucing ohoho :(
kucing yg manja -.-
kucing sy sgt suke coklat...mmg x nk bg tp bdk2 lain yg duk bg kat die...hehehehe...
ehh.. yea ke ni? baru tau.. thanks for the info..
Miss Xyz , takpe asalkan lain kali jgn buat lagi , ok ?
si gadis , bukan kucing yg manja dear , diet makanan kita dengan kucing manelah sama . ade makanan sesuai untuk kita tetapi berbahaya untuk si kucing :)
Nasriz Fardisza , uishh coklat TERLALU berbahaya sangat dear . jgn lah budak2 tu kasi lagi .Mmg melayang nyawa kucing kita lagi .
Cik Zureen , ok , sama-sama :)
thanx for sharing..tp kannn..nia xde kucing..allergic..uhu
erk. rasanya kucing mugmerah makan semua tu. kalau xbagi dia pnjat bdan kita nnti.
OMG! ibu saya selalu kasi kucing makan tuna ><
waa ! sy pernah bg kuceng sy makan coklat . menjilat jilat pulak dia . ingatkan dia suka . bahaya rupanya . btw , thanks sharing ya .
Nia , ohh takde ye , senang laa cam tu , hehe .
Mugmerah , haa , yeke ? alahaii kalau boleh jgn bg makan ye , takut jadi benda tak baik nanti kt kucing kite :)
Arina , jgn bg makan lg ok :)
Sabella , mmg anjing dan kucing suke tau mkn coklat . Tapi tulahh mmg sgt berbahaya untuk diorang .
seriously??!!! baru tahu kot!!
Salah post!
correction :
thank for sharing. sangat berguna! terasa saya dah sakiti kucing saya :(
Ieyka Fareza , it's okay sebab bukan sengaja kita buat kan . Sekarang dah tau , it's to make some changes :)
yeke ni!! alamak kucen sy suka makan roti chocolate...
thankyouu for the info ;)
saya bagi kucing saya makan friskies tp selalunya kucing saya tknak makan jd setiap .hari kucing saya mesti makan ikan. makanan apa agaknya yg buat kucing selera nk makan selain ikan? btw thnk u for sharing. baru saya tahu punca kucing saya mati.
@Anonymous sesetengah kucing lebih tertarik dengan makanan yang berbau kuat . Jika dibandingkan ikan dengan friskies , mestilah bau ikan lebih kuat , itu yang menarik perhatian dia untuk makan ikan . Kalau die nak makan ikan juga , digalakkan rebus dan buang lah isi perut ikan tu . Makanan yang kotor mengalakkan pertumbuhan cacing kerawit dlm badan kucing yg juga boleh menyumbang kpd faktor kematian kucing . Atau beli makanan Friskies or Whiskers yang jenis basah punya . Jangan beli yang biskut , beli makanan basah yang selalunya dalam tin atau paket . Insyallah nanti dia nak :)
Bukan ke brewer yeast contain garlic?
Kucing aku ni macam tembikai. okay ke?
Ank kucing yg 1bulan makanan dryfood ke wefood yg mane sesuai d beri?
Ye la..musykil ni.saya bagi anak kucing saya makan supplement brewer yeast with garlic..
Kucing aku sakit sebab makan ikan mentah..mcm mana nie..esok baru boleh bawak pi vet
Kuantiti garlic yg sedikit ta mmbawa kesan sbnarnya sbb garlic bagus untuk kucing yg ade cacing..tp jgn pulak bg mkn slalu mmg akn mnyebabkan kucing mati..
dua-dua pun ok.. bergantung pada selera mereka
Sebenarnya makanan murahan macam frieskies dan whiskas tak elok untuk kucing. Ada garam dan pewarna makanan. Kucing boleh dapat batu karang dan masalah fungsi hati.
Mcm mne cara nk hilg cacing pd kucing gune bwg putih ni yea? Time ksih
Pke bahsa malaysia gala ni,tak ngerti lah awak 😁
Kucing saya suka sangat makan chess.. asal nampak orang lalu sebelah peti ais je, mesti ngeoww minta..
*cheese
Sohih ke friskies atau whiskas bahaya?? Atau buat andaian aje??
kalau ibu kucing tu x de susu
boleh k bagi susu badan??
Saye nk bg kucing saya susu saya.boleh ke?
Saye nk bg kucing saya susu saya.boleh ke?
Saye nk bg kucing saya susu saya.boleh ke?
Setahu saya ikan baik untuk kesihatan para kucing,terutama tuna,basong dan selar,sbb kucing saya makan tu semua,cuma saya tak bagi kucing makan nasi,dan tidak makan ikan mentah,ikan saya rebus campur garam sedikit,sdh masak buang tulang baru bagi makan..Al hamdulillah usia kucing saya dah masuk tahun yg ke 8,Aminn
Betull. Macam kurang tepat infonye kan���� kuning telur okay utk kucing. Daging dan tulang lembut pon sama. Ada gizi utk kucing. Penulis ni mybe kena bykkan research lagi��
Ahh??..semua la tidak boleh??cerewet btol!!..
Kalau makanan basah campur dgn makanan kering takpe ker kak
Kalau kucing yang dah besar bagi susu yang belum basi tapi ade rasa sedikit masam boleh membawa kepada kematian k?
Kuaci takpe ke?
Macam mne pula kalau bagi kucing mkn nasi lauk ikan bilis + mknn kucing( whisks) di blend hancur..bahaya x?..sbb klaw kucing sye klaw mkn ikan bilis hncur je dia x mkn sgt..sama mcm whiskes dia x mkn ..mula² dia mkn pastu dh kurng mkn whiskes ..itu yg sye try cmpurkn blend hncur skli bole ke?..
boleh ke kalu kita bagi kucing kita makan hotdog yg dah disiap rebus dulu yee
Dah dpt jwpn??
Bawang putih toxic. Bagaimana dengan cat supplement Brewer Yeast Yang ada bawang putih? Ok ke? Saya tengah dok research nak bagi ni atau Superfood Multivitamin. Nak bagi dia Montel Dan fluffy 😊
maaf nk tnya.psal bwang putih tu.sy bg cat sy brewers yeast.kn ada kndungan bwang putih tuk elak kutu..rsau juga camana ye