Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Filem Crows Zero 3 : Crows Explode

Monday, April 29, 2013 | 10 Penggemar Cookies
Assalamualaikum :)



Ok kepada penggemar filem Crows Zero I dan II mesti excited gile kan bila dengar sequel filem Crow yang terbaru dinamai Crows Explode . Akan keluar di pawagam pada tahun 2014 , lambat kan ? Haha , sabor jelahh .
Kepada yang suka Takiya Genji dan Tamao Serizawa , filem ini akan memberi berita buruk untuk korang semua sebab mereka berdua bukan lagi watak utama dalam filem ni . Sebab part last filem Crow Zero II , Takiya Genji dan geng mereka semua dah tamat persekolahan dan tak nak datang ke sekolah Suzuran lagi kan ? So diharapkan jangan lah beria-ia sangat nak mereka berdua ade balik dalam filem ini . Kalau nasib baik pun mungkin mereka akan buat cameo je .

Ok lah untuk filem Crows Explode ni mengisahkan sebulan selepas Takiya Genji tamat persekolahan dan ada pelajar-pelajar baru Tahun Satu yang cuba nak ambil alih sekolah Suzuran dan menjadi ketua . Ken Katagiri tetap ada , Rindaman dan Makise pun ada dalam filem ni . Watak utama dipegang oleh Masahiro Higashide dan watak yang lainya diteraju oleh Taichi Saotome, Ryo Katsuji, Kento Nagayama, Yuya Yagira dan Suzu Hirose .

Sebelum ni pengrahnya adalah Miike Takashi yang sememangnya pengarah yang terkenal hasil filemnya yang sgt berkualiti dan filem-filemnya hampir semua box office BUKAN LAGI pengarah bagi filem Crows Explode . Jadi konsepnya mungkin belainan dan diharapkan korang semua jangan fikir sequel terbaru ni akan same macam yang dulu tu . Kirenya ia adalah filem yang A Fresh New Start .

So completely jalan cerita dan geng yang baru tetapi masih berkisar di sekolah menengah Suzuran . Kepada mereka yang tanya di mana Bouya Harumichi . Saya sendiri pun tak tahu , filem ni memang takde Bouya Harumichi (pengganti Genji Takiya dan watak utama dalam komik Crows yang original) dan ada juga yang kata mereka tidak akan buat pun watak Bouya Harumichi . Rasenye lah dorang hanya akan buat karakter yang takde dalam komik je , kalau yang dalam komik dorang tak nak buat kot so korang kenelah baca sendiri komik tu . Teori je ni .

Kepada yang tak percaya sebab ramai yang menipu pasal sequel Crows . Nah buktinya :

Trailer Crows Explode 

 


Laman Web Facebook Crows Explode :CrowsExplode (Ada banyak gambar dan video kat situ )
Boleh juga lawat ke  http://asianwiki.com/Crows_Explode untuk maklumat lanjut .



Sushi King Halal Atau Tidak ?

Monday, April 29, 2013 | 28 Penggemar Cookies
Assalamualaikum semua .

Baiklah hari ni saya nak cerita sikit pasal kesahihan halal atau tak frachise sushi terbesar di Malaysia iaitu , Sushi King . Ramailah yang dok tanya-tanya , restoran ni halal ke ? Dengar kata arak pun dihidangkan dekat restoran Sushi King. Lepastu ade juga yang kate dalam makanan ade letak MIRIN sejenis arak yang memang diletakkan ke dalam Onigiri (nasi sushi) sebagai penyedap . Rasenye masam-masam gitu . 
Kalau korang cari dekat Google "Sushi King Halal Atau Tidak" mesti kebanyakan akan tunjuk gambar macam ini :
Post tahun 2009
Gambar kat atas ni adalah post pada tahun 2009 dan saya rase tak boleh dijadikan rujukan untuk tahun 2013 ni sebab Sushi King punya polisi dah ditukar dan mereka tidak lagi menjual arak di kedai mereka dan mereka tidak lagi menggunakan Mirin di dalam makanan mereka , ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan beragama Islam .

Buktinya ? 
Mase tu saya baru-baru je tahu pasal sushi ni , so tak tahu pun pasal halal ke tidak restoran Sushi King ni . Yelah punye ramai orang Melayu kerja kat situ takkan tak halal kot . So bile search kat Google dan ternyataSushi King dah lak tak halal lepastu ade Mirin dlm makanan , rase tertipu sangat . Saya pun ape lagi buat complaint dekat website Sushi King .
Lepastu ni lah ape yang mereka balas :

(Right click mouse utk tumbesaran gambar yg sihat)


Sebenarnya Sushi King telah pun menukar polisi makanan mereka .

Gambar kat atas ini menerangkan yang pihak Sushi King menggunakan ayam dan daging yang halal , tiada penggunaan berasaskan babi , tiada lagi arak yang dihidangkan dan tiada lagi penggunaan sake dan mirin di dlm makanan mereka .

Kalau korang bace dekat blog lain yg mmg confirm Sushi King tidak halal , itu sebab post tu dah lame . Cube tengok mesti dlm 2009-2011 kan ? Lepastu sebelum 2012 Sushi King memang ada Mirin dan hidangkan arak dekat kedai mereka so mmg restoran yang tak halal lah .
Tapi sekarang dah berubah dorang dah tak guna barang-barang yang tak halal cuma takde sijil Halal dari Jakim je sekarang ni . Jadi kalau korang tak pasti tak payah lah pergi tapi kalau orang macam saya yang  pasti , saya pergi lah . lol . Sbb Sushi King di Muar pekerjanya kwn2 sy sendiri (Melayu Islam) yg keje sane and buat sushi . So klu xhalal dorang pun takkan keja kat situ ad sure dorang akan beritahu sy . Cwgn yg lain tu Wallahuallam . Sebab minuman di Chatime (alaah mcm CoolBlog) pun tak ade sijil Halal di Malaysia ni tetapi ade sijil Halal di luar negara . Kenapa ? Sebab untuk dapat kan sijil halal kat Malaysia susah sikit sebab kena ada pekerja Melayu sedangkan kedai-kedai macam ni dah tentu orang Cina selalu pergi so dia lebih gemar ambil pekerja Cina .
Apa-apa pun keputusan di tangan korang semua lah , kalau was-was tak payah lah pergi , klu nak juga makan makanan Jepun kenalah cari restoran Jepun yang ada sijil Halal atau pun buat sendiri , cari resepi di Google :)


5 Perkara Biasa Yang Kita Fikir Tidak Membahayakan .

Tuesday, April 02, 2013 | 3 Penggemar Cookies
Assalamualaikum

Rasanya dah berhabuk , bersarang labah-labah dah blog ni . Nak kata busy tak juga sebab saya ni lepasan SPM  yg tengah tunggu permohonan diterima . Penyakit malas agaknya . Haha . Ok lah hari ini nak bagi tips berguna yg boleh diaplikasikan oleh semua orang di dalam hidup korang .


Pastinya ramai orang memikirkan setiap perkara mereka buat adalah perkara biasa dan betul . Tetepi ramai yang tidak sedar separuh daripadanya adalah salah ! Antara contoh-contohnya ialah :


1. Pemakaian selipar
Ok , perkara ini memang biasa terutama sekali di negara yg panas macam Malaysia ni . Takkan lah nak pakai kasut but pula kan ? Selalunya ramai yg akan cakap "Alahh takat selipar je pun takkan nak beli mahal2" . Kalau difikirkan mmg betul tetapi kenyataanya salah ! Selipar lah pekara yg kita selalu pakai ke sana sini berbanding kasut kita yang ada high heels or wedges lima inci yg kita khaskan hanya utk pakai jalan-jalan .
Kajian Jordana Szpiro, DPM, seorang "specialist" kaki manusia dan pakar bedah kaki di Boston , USA mengatakan ramai orang yang mengambil remeh dalam soal pemilihan selipar . Jangan lah kita fikir tak boleh pakai selipar , kena berkaki ayam pula . Itu lagi lah teruk sebab ia akan menyebabkan kaki mendapat jangkitan kuman dan tidak memberikan sokongan kepada kaki kita . Jadi belilah selipar yang BERKUALITI kerana selipar lah yang selalu kita pakai . Untuk beli selipar yang berkualiti , kita kena pilih tapaknya yang lembut dan selesa apabila kita berjalan , memang agak mahal sedikit tetapi bagus untuk masa depan diri kita sebab kaki penting untuk kita bergerak ke mana shj .


-Otot dan tendon kaki kita terpaksa bekerja keras .
 Dengan hanya tali kasut yg berbentuk V-shaped (gambar) tak banyak yang boleh dipegang oleh kaki kita . Jadi bahagian jari kaki memaksa otot dan tendon di bahagian jari tersebut untuk bekerja lebih keras . Cuba kita bayangkan berjalan menggunakan selipar , perasan tak bahagian jari kaki kita seolah macam menggengam sedikit tali kasut tersebut . Pekara ini akan menyebabkan kita kan mendapat penyakit TENDINITIS .

2. Terus memberus gigi selepas makan .

Kalau anda dengar seseorang mempunyai sifat sebegini , pekara yang terdetik dalam hati mesti anda semua akan fikir "Wahh orang ni pembersihnya . " Tetapi menurut Greg Diamond, DDS, seorang ahli pakar pergigian di New York City, sebaiknya kita tunggu seketika sebelum memberus gigi kita kerana makanan akan meninggalkan asid di gigi kita dan ini akan menyebabkan enamel pada gigi kita menjadi lemah . Memberus gigi sewaktu enamel gigi kita lemah akan menyebabkan berlakunya penghakisan enamel . Bila enamel terhakis mula lah makan ais pun cepat rasa mengilu mcm iklan Colgate tu . Jadi adalah lebih baik kita kumur mulut kita terlebih dahulu .

3. Memakan terlalu banyak supplemen nutrisi .

Mengenai soal pengambilan vitamin dan mineral yang banyak adalah bagus bukan ? Tidak jawab Christine Rosenbloom, PhD, RD, Professor Emeritus Universiti Georgia State . Katanya "Ramai orang yang mengambil supplemen ini tidak tahu berapa jumlah yang boleh diambil dan adakah badan mereka betul2 memerlukanya . Pada zaman yg serba moden ini , makanan memang banyak di sekeliling kita . Jadi zat2 yang kita makan di dlm makanan selalunya mencukupi untuk badan kita .
Memakan pil yg berlebihan seperti :
-Pengambilan pil vitamin A yg berlebihan akan menyebab ketumbuhan di dalam fetus manakala pil vitamin C yg banyak akan menyebabkan anda mengalami sakit gastrik yg kuat dan meningkatkan tahap glukosa ke tahap tinggi. Terlalu banyak makan vitamin b6 pula akan menyebabkan masalah saraf di dlm badan .

4. Melangkau jadual pemakanan .

Faham tak maksudnya ? Ini bermaksud seseorang yang suka "skip" makan sarapan atau makan tengahari . Cth mcm ada kawan saya dia tak suka makan sarapan pagi . Dia hanya makan tengah hari dan malam shj sebab takut gemuk . Sebenarnya ia adalah salah . Bila kita memakan tidak mengikut masa yang betul iaitu sarapan , tengahari , petang dan malam . Kita selalunya akan berasa lapar (cthnya tidak besarapan) , ini akan menyebabkan kita akan makan dengan banyak pada waktu tgh hari dan makan melebihi apa yg badan kita perlu . Jika pekara ini beterusan , ia menyebabkan kita menjadi obesiti , mendapat darah tinggi atau kencing manis tanpa kita sedari . *pekara ini telah pun berlaku kpd guru saya , beliau mendapat darah tinggi secara tiba2 kerana makan secara tidak tetap dan skrg terpaksa melakukan haemodialysis setiap minggu .

5 . Mencuba pelbagai produk kecantikan .

Siapa yang tidak tepengaruh dengan produk-produk baru di kaca TV yang menjanjikan kulit yang cantik dan menawan . "Saya selalu menyuruh ibu saya memakai produk yang sama shj" kata Jody Levine, MD, seorang dermatologist di New York City.Wanita selalunya akan cepat bosan dengan sesuatu produk terutama sekali yang lambat memberikan kesan yang ketara , kerana perubahan selalu dapat dilihat dalam masa 3-6 minggu atau mungkin lebih . Kebanyakan pesakitnya selalu mendapat "adult rosacea"( kesan merah kemerahan , kulit menggelupas dan merengsa di muka) kerana kerap menukar produk kecantikan . Pastikan anda pilih produk yang betul2 dapat membuatkan muka licin , halus dan beseri-seri . Anda perlulah pilih produk yang betul2 dipercayai keberkesanannya dan bersabar menunggu hasilnya .

Honestly , saya pernah kena yg nombor 5 ni sebab saya suka cuba pelbagai produk . Ada satu produk 'eye brightener" ramai yg kata bagus dan saya tinggalkan yg lama beli 'eye brightener' yg baru . Sekali dlm 2-3 hari pakai rasa sakit sgt kulit di sekeliling mata jadi berkopeng lepastu tinggalkan bekas hitam . Mungkin kerana tahap "fragrance" dia yg agak tinggi menyebabkan kulit saya tak dpt menerima perubahan krim tu . Alhamdulilah sekarang dah ok . Harap tips-tips diatas berguna untuk semua :)