Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Sushi King Halal Atau Tidak ?

Monday, April 29, 2013 | 26 Penggemar Cookies
Assalamualaikum semua .

Baiklah hari ni saya nak cerita sikit pasal kesahihan halal atau tak frachise sushi terbesar di Malaysia iaitu , Sushi King . Ramailah yang dok tanya-tanya , restoran ni halal ke ? Dengar kata arak pun dihidangkan dekat restoran Sushi King. Lepastu ade juga yang kate dalam makanan ade letak MIRIN sejenis arak yang memang diletakkan ke dalam Onigiri (nasi sushi) sebagai penyedap . Rasenye masam-masam gitu . 
Kalau korang cari dekat Google "Sushi King Halal Atau Tidak" mesti kebanyakan akan tunjuk gambar macam ini :
Post tahun 2009
Gambar kat atas ni adalah post pada tahun 2009 dan saya rase tak boleh dijadikan rujukan untuk tahun 2013 ni sebab Sushi King punya polisi dah ditukar dan mereka tidak lagi menjual arak di kedai mereka dan mereka tidak lagi menggunakan Mirin di dalam makanan mereka , ini bertujuan untuk menarik lebih ramai pelanggan beragama Islam .

Buktinya ? 
Mase tu saya baru-baru je tahu pasal sushi ni , so tak tahu pun pasal halal ke tidak restoran Sushi King ni . Yelah punye ramai orang Melayu kerja kat situ takkan tak halal kot . So bile search kat Google dan ternyataSushi King dah lak tak halal lepastu ade Mirin dlm makanan , rase tertipu sangat . Saya pun ape lagi buat complaint dekat website Sushi King .
Lepastu ni lah ape yang mereka balas :

(Right click mouse utk tumbesaran gambar yg sihat)


Sebenarnya Sushi King telah pun menukar polisi makanan mereka .

Gambar kat atas ini menerangkan yang pihak Sushi King menggunakan ayam dan daging yang halal , tiada penggunaan berasaskan babi , tiada lagi arak yang dihidangkan dan tiada lagi penggunaan sake dan mirin di dlm makanan mereka .

Kalau korang bace dekat blog lain yg mmg confirm Sushi King tidak halal , itu sebab post tu dah lame . Cube tengok mesti dlm 2009-2011 kan ? Lepastu sebelum 2012 Sushi King memang ada Mirin dan hidangkan arak dekat kedai mereka so mmg restoran yang tak halal lah .
Tapi sekarang dah berubah dorang dah tak guna barang-barang yang tak halal cuma takde sijil Halal dari Jakim je sekarang ni . Jadi kalau korang tak pasti tak payah lah pergi tapi kalau orang macam saya yang  pasti , saya pergi lah . lol . Sbb Sushi King di Muar pekerjanya kwn2 sy sendiri (Melayu Islam) yg keje sane and buat sushi . So klu xhalal dorang pun takkan keja kat situ ad sure dorang akan beritahu sy . Cwgn yg lain tu Wallahuallam . Sebab minuman di Chatime (alaah mcm CoolBlog) pun tak ade sijil Halal di Malaysia ni tetapi ade sijil Halal di luar negara . Kenapa ? Sebab untuk dapat kan sijil halal kat Malaysia susah sikit sebab kena ada pekerja Melayu sedangkan kedai-kedai macam ni dah tentu orang Cina selalu pergi so dia lebih gemar ambil pekerja Cina .
Apa-apa pun keputusan di tangan korang semua lah , kalau was-was tak payah lah pergi , klu nak juga makan makanan Jepun kenalah cari restoran Jepun yang ada sijil Halal atau pun buat sendiri , cari resepi di Google :)


26 comments

May 5, 2013 at 9:41 PM

thanks atas maklumat.. saya memang yakin Halal sebab saya start makan sekitar tahun 2012.. itupun sebab ada kawan bg tahu..

May 6, 2013 at 11:39 AM

senang2 buat je sendiri . takyah ragu2 lagi . huhuu^^

September 25, 2013 at 6:08 PM

halal tu halal tapi bagaiman percampuran bekas arak dan makanan yg dimasak. adakah bekas dan tempa masakan dan minuman ygn diletak arak dicampur bersama atau dibezakan. status halal ni luas, bukan hanya dari sumber yg halal, malas tempat dan kaWASAN MASAKAN JUGAK MESTI X BOLEH DICAMPUR BERSAMA

Anonymous
September 26, 2013 at 11:00 AM

terima kasih untuk maklumat...mohon share..:)

September 27, 2013 at 10:45 AM

@za arif Kalau awak baca betul2 post saya d atas . Restoran Sushi King TIDAK LAGI menghidangkan minuman berakohol seperti arak dan penggunaan alkohol di dalam penyediaan makanan pun tidak digunakan lagi . Jadi tidak ada isu sama ada arak tu dicampur bersama atau tidak sebab memang dah tak ada pun araknya . Tetapi restoran ni masih belum ada sijil halal sebab utk dapatkan sijil halal di Malaysia memrlukan at least 2 pekerja beragama Islam (tujuanya untuk pantau penyediaan makanan tersebut jadi pihak penyedia mknn tak boleh tipu) . Tapi pekerja Sushi King kebanyakannya memang Cina (Non-Muslim) and Melayu tak ramai sangat nak kerja sushi Hanya beberapa tempat je yang ada pekerja Islam contohnya Sushi King di Muar .
Tapi kalau awak rasa was-was tidak perlu lah pergi kerana adanya perasaan ragu-ragu di hati :)

October 4, 2013 at 4:59 PM

Maaf saudara.. Yg haram bercmpur itu babi dan anjing.. Biarpun arak itu harm, tp kalau kita terpegang, x da mslh... Lg2 sama bekas.. Wallahualam. Iznkn sya merujuk perkara ini kepada org yg lebh arif.. Maaf

Istisyhad Syuhada
October 24, 2013 at 10:25 AM

Isu alkohol bekas tu tak perlu pon nak samak. cuma perlu dibasuh bersih-bersih hingga hilang warna, bau dan rasa. Kebanyakan muslim terkeliru dari segi Halal syarie dan halal persijilan. Jika tidak halal dari segi persijilan tak semestinya haram dari segi syarie. tapi kalau haram dari segi syarie confirm persijilan pun tak boleh lepas. Sebab persijilan Halal, prosedur ketat. dari segi halal dan toyyiba (kebersihan). Contohnya kilang kopok lekor tak dapat sijil halal sebab tak ikut piawaian kebersihan prosedur halal. tapi kopok lekor itu halal dan boleh dimakan je.

Anonymous
October 25, 2013 at 4:26 PM

nape email image tak clear.. erm..

Anonymous
November 4, 2013 at 9:44 PM

Arak jika diambil dan membawa kepada mabuk... dikira haram... tapi sy tak ambilah jika dah tau

Anonymous
November 16, 2013 at 11:34 PM

Buat masa ni saya tak yakin.. saya was2 lagi... so ill be there after certfified as halal rest by JAKIM.
Banyak lagi optional food outlet kat malaysia ni. This is Malaysia, x susah cari yang halal. Pilihlah yang halal :)

Anonymous
November 16, 2013 at 11:34 PM

Buat masa ni saya tak yakin.. saya was2 lagi... so ill be there after certfified as halal rest by JAKIM.
Banyak lagi optional food outlet kat malaysia ni. This is Malaysia, x susah cari yang halal. Pilihlah yang halal :)

December 9, 2013 at 10:09 AM

Memang tak susah cari yang halal, tapi susah nak cari sushi yang halal.. makanya, buat sendiri lah kat rumah.. huhu..

December 13, 2013 at 9:17 PM

Jika ragu2 x perlu makan...matlamat tidak menghalalkan cara..dari www.tepakku.com

Anonymous
December 29, 2013 at 3:48 PM

Best la you... "macam saya agak pasti"...
Pasti tu blh agak2 yer...

Anonymous
January 3, 2014 at 7:26 PM

Nak masuk campur sikit. Memang tak ada arak dan ayam dan daging certified halal.... Tapi pihak shushi king pun tak berani nak kata produk dia halal. Yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Antara keduanya terdapat perkara yang mushtabihat..... Jadi eloklah tinggalkan

Anonymous
January 29, 2014 at 8:30 PM

Haha dia bukan x berani kata halal dia kata restoran dia tidak disahkan halal. Tidak disahkan di sini maksudnya dr segi persijilan. Satgi dia kata produk dia memang halal hampa kata dia pandai2 letak hukum pulak.

February 16, 2014 at 1:19 AM

super duper thanks for the info!!! ><
haritu tetibe ade org kat fb post statement dari sushi king yg mngatakan sushi king x dpt halal cert sebab serve arak, n guna mirin. rupe2 nye tu post zaman dulu2. terima kasih utk pencerahan ini..!! ><
n is really looking forward for their halal certification

Anonymous
July 9, 2014 at 6:35 PM

Sushi itu sendiri makanan yang subhah, kenapa nak cari dalih2 just to make yourself feel better when you eat it? Kalau susah sangat nak ikut fatwa, nak ikut akal fikiran logik sendiri, cuba fikir, berapa lama Sushi King ada kat Malaysia? Atau lebih general lagi, berapa ribu tahun sushi wujud, takkan sampai sekarang masih 'research' nak bagi dapat confirmation halal? If you want to feel good about yourself and sleep comfortably at night keep telling yourself theres nothing wrong with Sushi King and sushi in general. Just know deep down the dark spot in your heart will forever be there.

Anonymous
August 6, 2014 at 5:05 PM

tq so much for the info.. rasa lega sesgt

Anonymous
August 20, 2014 at 8:58 AM

Kenapa pula sushi tu mknn syubhah? Sy selalu buat sushi sendiri.

August 30, 2014 at 1:48 AM

untuk dapatkan sijil halal jakim bukan semata2 xde alcohol dan xde babi dalam makanan tersebut.(klu sijil halal HDC yg skang dh kna banned mmg senang. bayar 5 ratus ada babi pun dia bg sijil halal) byk lagi faktor2 lain diambil kira.

antaranya
transportation,storage of products bkn skali dgn bnda non halal

ratio pekerja muslim vs non muslim

setiap produk digunakan untuk menghasil finished product tu adalah halal certified. masalahnya sushi king nih byk guna produk dari japan yg mmg xde halal certification

sumber bahan mentah tu dapat dari mana.(klu kat malaysia pun ikan bg mkn babi...klu korang yakin ikan tuna,salmon,saba.shisamo,belut unagi ke anago ke,mmg mkn bnda halal x kisahlah)

kalau betul diorang sincere psl isu makanan halal, xdelah dari pertengahan 90an sejak bermulanya sushiking sampai ke tahun 2012 diorang dok senyap2 jamu mirin yg mmg ada alcohol.syok jer yg brtudung litup dok mkn dlm tempoh tu.

ada pekerja melayu sahaja x bermakna restoren tu halal klu syarat2 jakim x dipatuhi. ada pekerja yg tahu mirin tu ada alcohol apa diorang buat ialah diorang akan didihkan mirin tu dulu sebelum guna. konon2 akan hilangkan alcohol tapi dh xde beza dah.

tapi ramai org melayu xnk amik tahu psl ni semua. pada diorang klu x tahu xpe. bukan susah nk menghalalkan apa yg haram. tu yg selamba gi western restaurant cam victoria station, the ship, tigf semua. pada diorang restaurant tu x dpt sijil halal psl ada jual minuman keras tapi x terpikir ke yg cooking wine ada guna utk masak apa yg diorang mkn tu?

aku bkn jenis kolot yg nk mkn apa pun was2 pastu nk buat citer mcm pandai. mcmtu jgn makan apa2lah kan tapi aku mmg dah lama dlm industri ni yg mana alcohol bkn jer yg dalam mirin tapi yg dlm botol pun aku layan. cuma kepada yg mmg hidup cara islam....amik tahulah skit. jangan main bedal jer pastu ckp xpe psl x tahu. tempat klu xde halal certification msti ada sebab kenapa.

Anonymous
September 9, 2014 at 11:30 PM

Sapa yang kluar fatwa sushi shubhah?? Mazhab mana.. Habaq mai.. Sebab apa shubhah ?? Orang post maklumat untuk panduan.. Nak tembak biar berasas

Anonymous
February 18, 2015 at 10:27 AM

salam..good info..
however nowadays JAKIM dah permudahkan urusan permohonan pensijilan halal..tp mgkn sbb restaurant chain yg banyak buatkan mereka terfikir utk invest..sbb yg akan di audit adalah setiap satu restaurant,,kerana JAKIM perlu pastikan kebersihan dan cara operasi setiap satu restaurant.
So far, yang sudah mendapat Halal certificate dr JAKIM utk sushi ialah AEON..beberapa outlet mereka sudah disahkan HALAL oleh Jakim 2 thn lepas..mgkn dlm proses renewal..boleh refer kat website JAKIM..so, kalau nak yakin, makanla sushi di yg dijual di AEON..hehe

Anonymous
December 29, 2015 at 12:31 PM

Salam atas dasar fardhu ain..saya kena kena bagitau bahawa punca shusi king tak pernah apply halal adalah penggunaan kicap syoyu yang mengan dungi alcohol..syoyu ini diimport dari singapore..ianya digunakan di dalam masakan seperti udon dan lain-lain.. ianya digunakan semasa saya bekerja di sana pada tahun 2003.sekarang saya tak pasti..selain itu penggunaan bahan bahan lain adalah dari sumber yang halal..untuk shushi rice mereka tidak menggunakan mirin sebaliknya menggunakan shushi veneger..bahan2 mentah seperi ayam dan unagi juga tidak ada masalah..sekiranya masih mahu makan sila buat pesanan dengan mengelakkan masakan yang mengandungi syoyu..bekas pekerja kitchen shusi king..

jojo
January 18, 2016 at 5:31 PM

supplier kicap tu sendiri dah halal, aku penah tgk paket dialahh, bengongnyer korang ni, senang sangat dengar khabar angin, kedai mamak tu halal ker? ayam dia amik kat mana? x cek pulakkk

Anonymous
April 20, 2016 at 2:45 AM

Salam bru2 ni kwn sy ad g mkn sushi kat sbuah kdai sushi di kl..tp sy lupe nama kdai ape, bnyi nye mcm SK la kot depa ade hidang sake..nk jd crita mmbe ak ni xtau istlah sake tu ape mmg dy bedal smpai knyg la woi..yg hdang tu non muslim..bole share x sape2 tkena mcm mmbe sy.

Post a Comment