Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Kebaikan Dan Keburukan Tingkatan 6

Saturday, May 18, 2013 | 71 Penggemar Cookies




Hari ini saya nak cerita  pasal tingkatan 6 . Ramai juga lah yang tak tahu pasal format baru tingkatan 6 ni dan ramai juga yang nak tahu apa kebaikan/keburukan tingkatan 6 .

Disebabkan saya memilih tingkatan 6 dan bukannya Matriks or Asasi or Diploma . Saya rasa boleh lah saya cerita serba serbi tingkatan 6 .

Saya masih lagi di peringkat orientasi so saya tak boleh beritahu secara menyeluruh lagi . Saya akan list kan mengikut pengetahuan saya .

Keburukan :

  • Kena pakai baju sekolah jadi tak boleh lah nak bergaya sakan
  • Bangun awal pagi  *haha
  • Suasana yang masih sama mcm sekolah dulu
  • Tidak mendapat pengalaman baharu
  • Kurang glamer . *masih ramai yg menganggap Ting 6 ni tak berapa glamer berbanding Matriks dan Asasi . Alah , korang nak belajar ke nak glamer ?
  • Gila bapak banyak presentation , ada tu siap kena guna powerpoint . *Mungkin sesetengah org tak kisah tapi saya penakut sikit . Kerap diadakan presentation utk membiasakan diri kita bila masuk U nanti .
  • Kena berdikari sikit cikgu dah tak nak tolong lagi . Katanya dah besar . Kalau dah biasa kena suap mmg susah lah hidup korang . Cikgu tolong sikit2 , bagi kata kunci dan teknik utk menjawab soalan je . *senang cakap dah mcm  peringkat universiti lah .
  • Bila ada PBS , agak menyusahkan sikit sebab nanti bila buat presentation orang selain dari cikgu kita akan judge kita . Org tu sama ada cikgu dari sekolah lain or org PPD . *So kena ada confidence level yg tinggi
  • Sekarang guna sistem Semester mcm dekat U tau , jadi setiap sem kena buat bersungguh-sungguh kalau tak dia akan menjejaskan CGPA korang . *cgpa ni markah keseluruhan awak . kalau sem 1 awak subjeknya gagal tapi sem 2 dan 3 awak  bagus , tak boleh juga tau . benda tu tetap akan jejaskan cgpa . so , nak tak nak kena ulang . Kena bayar RM50 utk ulang setiap 1 subjek .
  • Bukunya setebal buku rujukan atau buku teks untuk setahun dan bezanya ialah sebelum ni kita baca buku rujukan tebal2 utk setahun kan ? Kita kena dlm baca 5 bulan je. Wow , "senang" gile kan .
  • Nampak mcm ambil 4 or 5 subjek je . Macam sikit kan . Tapi dia punya detail nya tu jgn cakap lah tebalnya .
  • Format tingkatan 6 yg baharu ni , setiap 6 bulan ada peperiksaan . Rajin-rajin kan lah diri !

Kebaikan :
  • Senang memasuki ke Universiti sebabnya pelajar form 6 tidak perlu pointer yang tinggi , hanya 2.8 ke atas tak spt Matriks dan Asasi untuk masuk Universiti . Ada juga kuota khas yg disediakan khas utk pelajar Ting 6 di U .
  • Cikgu yang dipilih khas utk pelajar ting 6 . Jadi tak ade lah lagi kes cikgu yang tak option mengajar kita.
  • Banyak aktiviti yang menarik disediakan khas untuk FORM 6 . *kelab , persatuan dan badan beruniform lagsung tak sama mcm tingkatan yg lain .
  • Agak senang masuk iaitu perlu dapat sekurang-kurangnya BM kepujian dan 3 subjek lain pun kena kepujian *kepujian tu C
  • Yuran yang lebih murah , paling mahal pun RM 600 campur dgn buku rujukan . Kalau yuran sekolah paling mungkin 200 . *sekolah saya yurannya RM 111.00 tetapi tak campur buku rujukan lah.
  • Sesuai juga untuk orang yang kurang pasti masa depannya apa . Mungkin mereka belum tentukan apa cita-cita mereka . Jadi dgn masuk Form 6 dorang boleh berfikir minat mereka yang sebenar .
  • Tingkatan 6 standard nya sama seperti mendapat Diploma (A-level)  . *kalau korang pergi Sgpore cari kerja (selalu orang Cina suka pergi) , seorang ada STPM seorang ada sijil Matriks . STPM yg akan menang sebab STPM tarafnya lagi tinggi daripada sijil Matriks .
  • Diiktiraf tarafnya hampir seluruh Universiti di seluruh dunia .
  • Senang dapat jawatan di sekolah sebab kita dianggap senior jadi markah KOKO kita pun tinggi . *jadi senanglah sikit nak masuk universiti kan .
  • Sekarang ada PBS mcm kerja kursus . Akan tolong kita sikit dlm menyumbang markah STPM .
  • Form 6 , korang akan belajar setahun setengah je (1 1/2) . So masa yang diambil agak cepat .
  • Sijil STPM korang boleh buat cari kerja or sambung belajar di luar negara.
  • Pelajar Ting 6 selalu didahulukan terlebih dahulu oleh mana-mana Universiti .

STPM atau exam From 6 juga dikategorikan exam paling susah di Asia . Pro or Contra ?
Nak kata Pro pun boleh coz susah tau exam yg pelajar form 6 ambil , bukan calang2 orang . Ahaks . Haha . Tapi jgn risau . Sebab tu pointer rendah pun senang masuk U .

Jujur cakap , masuk tingkatan 6 atau nama glamer nya pelajar Pra-U ni agak berbeza dari apa yang saya fikirkan . Ada juga yg tak suka ambil tingkatan 6 ni sebab kurang glamer , dan ada juga kata ting 6 ni utk budak yg tak dapat U baru pergi ting 6 . Tak juga ! Sebab saya amek form 6 mmg saya yg nak . Jujur ckp saya tak mohon pun UPU tu sebab kos mahal , saya sendiri tak nak dan saya suka duduk rumah . Haha .
Emm , saya fikir ting 6 macam SPM dulu . Yelah kita just belajar apa yang cikgu ajar . Rupa-rupanya tidak ! Jangkaan saya meleset sama sekali . Takde buku teks dah . Awak kena beli sendiri buku rujukan di kedai . Cikgu akan tolong awak utk lulus sahaja , dan kalau nak cemerlang kena lah datang dari diri awak sendiri . Lepastu saya tak suka presentation lah ! Sikit2 kena buat presentation . Kalau awk tak pandai guna komputer macam mana ? Haa , kena lah belajar .
Cikgu juga cakap yang bila awak masuk je STPM . Dalam kepala hotak korang semua mesti dah TARGET A utk STPM . Jgn terdetik sekali pun nak dapat B . Aim high ! Sebab kalau korang aim dapat B pun kire ok lah . Mmg habislah result STPM korang . Disebabkan B korang tu nt akan effect CGPA korang .

CGPA tu apebende ? CGPA tu kira markah keseluruhan lah . Contoh mcm pointer korang masa penggal 1 + penggal 2 + penggal 3 pastu dibahagikan sama rata . Lepastu dapatlah hasilnya . Tak paham gak . Gi google !

Konklusinya , bagi saya setiap tempat yang korang nak belajar ada kebaikan dan keburukan . Ramai yang kata Form 6 ni susah sangat sampai nak meletup kepala , belum cuba belum tau kan ? Biaselah belajar memang lah ada susahnya . Mana ade yang tak susah . Cuba tengok lepasan-lepasan STPM yg berjaya kat luar sana tu , kalau dorang boleh buat , takkan korang pun tak boleh buat gak kan ? Bukannya sebab dorang mmg extreme pandai ke hape , just usaha , rajin dan fokus masa cikgu mengajar . Bagi org Islam plak jangan lupa selalu berdoa Allah SWT . Insyallah boleh berjaya .

 Kpd yg tak dapat pula. Sila mengemukakan surat rayuan kpd pengetua sekolah yg korang nak masuk . Ambil borang di PPD dan hantar ke pengetua sekolah yang diingini .

Kepada sesiapa yang nak bezakan Form 6 dgn Matriks dan Asasi or Diploma. Sila pergi ke :

Blog The Other Khairul (Digalakkan baca)
SINI
SINI

Actually macam-macam lagi nak tulis . Tapi mcm dah panjang sangat je . So terpakse cakap yg penting-penting je . Goodluck ye . Nak tanya apa-apa , just komen . Insyallah saya bantu .

Pilihanraya Umum 13 ( PRU 13 )

Sunday, May 05, 2013 | 4 Penggemar Cookies






Cantik tak doodle Google untuk Pru-13 Malaysia ? Haa , Google pun nak mengundi tau . Korang yang layak mengundi tu jangan lupe jalankan tanggungjawab korang juga ye .
Kepada sesiapa yang nak maklumat lanjut untuk mengundi sila pergi ke :
 Sini

Semakan pemilih mengundi dan lokasi mengundi :

Dan satu lagi kepada yang berumur BAWAH 21 tahun macam saya . Kita pun boleh mengundi secara Online tau di :

Jadi , siapa pilihan korang ?

BN?
PAS ?
PKR?
DAP?

Saya adalah natural party dan tak sokong mana-mana parti . Saya lebih suka memilih berdasarkan calon daripada parti sebab bagi saya kalau sesebuah parti tu memang dikenali dengan kebaikannya , tak semestinya semua calonnya baik-baik . 
Kalau diikutkan hati saya memang dekat dgn BN sebab kalau kita baca buku teks Sejarah . Kan memang nama BN yang selalunya ditulis dan BN yang selama ni menjadi parti yang menerajui negara kita . Tapi zaman dah berubah orang dalam parti BN pun dah berubah kita pun tak boleh lah fikir benda yang lepas sama dengan yang sekarang . Jadi saya lebih selesa jadi natural je lah .
Tapi bagi saya setiap orang ada pendapatnya sendiri dan saya hormatinya . 
Bagi saya kalau pembangkang menang pun tidak ada salahnya kan ? Sebab boleh lah memberi nafas baru kepada Malaysia , kalau dorang tak bagus . Kita tukar lah balik , betul tak ? 
Kalau BN menang pula , mane tau kali ini dorang akan mentadbir negara dengan lebih baik sebab dah sedar dengan tentangan hebat dari pihak pembangkang .


Apa-apa pun saya harap parti yang bakal menang kali ini adalah parti yang betul-betul mempunyai niat baik untuk bangunkan negara Malaysia sebagai negara yang maju dan bukannya parti yang gilakan kuasa dan duit semata-semata. Insyallah .