Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

5 Perkara Biasa Yang Kita Fikir Tidak Membahayakan .

Tuesday, April 02, 2013 | 3 Penggemar Cookies
Assalamualaikum

Rasanya dah berhabuk , bersarang labah-labah dah blog ni . Nak kata busy tak juga sebab saya ni lepasan SPM  yg tengah tunggu permohonan diterima . Penyakit malas agaknya . Haha . Ok lah hari ini nak bagi tips berguna yg boleh diaplikasikan oleh semua orang di dalam hidup korang .


Pastinya ramai orang memikirkan setiap perkara mereka buat adalah perkara biasa dan betul . Tetepi ramai yang tidak sedar separuh daripadanya adalah salah ! Antara contoh-contohnya ialah :


1. Pemakaian selipar
Ok , perkara ini memang biasa terutama sekali di negara yg panas macam Malaysia ni . Takkan lah nak pakai kasut but pula kan ? Selalunya ramai yg akan cakap "Alahh takat selipar je pun takkan nak beli mahal2" . Kalau difikirkan mmg betul tetapi kenyataanya salah ! Selipar lah pekara yg kita selalu pakai ke sana sini berbanding kasut kita yang ada high heels or wedges lima inci yg kita khaskan hanya utk pakai jalan-jalan .
Kajian Jordana Szpiro, DPM, seorang "specialist" kaki manusia dan pakar bedah kaki di Boston , USA mengatakan ramai orang yang mengambil remeh dalam soal pemilihan selipar . Jangan lah kita fikir tak boleh pakai selipar , kena berkaki ayam pula . Itu lagi lah teruk sebab ia akan menyebabkan kaki mendapat jangkitan kuman dan tidak memberikan sokongan kepada kaki kita . Jadi belilah selipar yang BERKUALITI kerana selipar lah yang selalu kita pakai . Untuk beli selipar yang berkualiti , kita kena pilih tapaknya yang lembut dan selesa apabila kita berjalan , memang agak mahal sedikit tetapi bagus untuk masa depan diri kita sebab kaki penting untuk kita bergerak ke mana shj .


-Otot dan tendon kaki kita terpaksa bekerja keras .
 Dengan hanya tali kasut yg berbentuk V-shaped (gambar) tak banyak yang boleh dipegang oleh kaki kita . Jadi bahagian jari kaki memaksa otot dan tendon di bahagian jari tersebut untuk bekerja lebih keras . Cuba kita bayangkan berjalan menggunakan selipar , perasan tak bahagian jari kaki kita seolah macam menggengam sedikit tali kasut tersebut . Pekara ini akan menyebabkan kita kan mendapat penyakit TENDINITIS .

2. Terus memberus gigi selepas makan .

Kalau anda dengar seseorang mempunyai sifat sebegini , pekara yang terdetik dalam hati mesti anda semua akan fikir "Wahh orang ni pembersihnya . " Tetapi menurut Greg Diamond, DDS, seorang ahli pakar pergigian di New York City, sebaiknya kita tunggu seketika sebelum memberus gigi kita kerana makanan akan meninggalkan asid di gigi kita dan ini akan menyebabkan enamel pada gigi kita menjadi lemah . Memberus gigi sewaktu enamel gigi kita lemah akan menyebabkan berlakunya penghakisan enamel . Bila enamel terhakis mula lah makan ais pun cepat rasa mengilu mcm iklan Colgate tu . Jadi adalah lebih baik kita kumur mulut kita terlebih dahulu .

3. Memakan terlalu banyak supplemen nutrisi .

Mengenai soal pengambilan vitamin dan mineral yang banyak adalah bagus bukan ? Tidak jawab Christine Rosenbloom, PhD, RD, Professor Emeritus Universiti Georgia State . Katanya "Ramai orang yang mengambil supplemen ini tidak tahu berapa jumlah yang boleh diambil dan adakah badan mereka betul2 memerlukanya . Pada zaman yg serba moden ini , makanan memang banyak di sekeliling kita . Jadi zat2 yang kita makan di dlm makanan selalunya mencukupi untuk badan kita .
Memakan pil yg berlebihan seperti :
-Pengambilan pil vitamin A yg berlebihan akan menyebab ketumbuhan di dalam fetus manakala pil vitamin C yg banyak akan menyebabkan anda mengalami sakit gastrik yg kuat dan meningkatkan tahap glukosa ke tahap tinggi. Terlalu banyak makan vitamin b6 pula akan menyebabkan masalah saraf di dlm badan .

4. Melangkau jadual pemakanan .

Faham tak maksudnya ? Ini bermaksud seseorang yang suka "skip" makan sarapan atau makan tengahari . Cth mcm ada kawan saya dia tak suka makan sarapan pagi . Dia hanya makan tengah hari dan malam shj sebab takut gemuk . Sebenarnya ia adalah salah . Bila kita memakan tidak mengikut masa yang betul iaitu sarapan , tengahari , petang dan malam . Kita selalunya akan berasa lapar (cthnya tidak besarapan) , ini akan menyebabkan kita akan makan dengan banyak pada waktu tgh hari dan makan melebihi apa yg badan kita perlu . Jika pekara ini beterusan , ia menyebabkan kita menjadi obesiti , mendapat darah tinggi atau kencing manis tanpa kita sedari . *pekara ini telah pun berlaku kpd guru saya , beliau mendapat darah tinggi secara tiba2 kerana makan secara tidak tetap dan skrg terpaksa melakukan haemodialysis setiap minggu .

5 . Mencuba pelbagai produk kecantikan .

Siapa yang tidak tepengaruh dengan produk-produk baru di kaca TV yang menjanjikan kulit yang cantik dan menawan . "Saya selalu menyuruh ibu saya memakai produk yang sama shj" kata Jody Levine, MD, seorang dermatologist di New York City.Wanita selalunya akan cepat bosan dengan sesuatu produk terutama sekali yang lambat memberikan kesan yang ketara , kerana perubahan selalu dapat dilihat dalam masa 3-6 minggu atau mungkin lebih . Kebanyakan pesakitnya selalu mendapat "adult rosacea"( kesan merah kemerahan , kulit menggelupas dan merengsa di muka) kerana kerap menukar produk kecantikan . Pastikan anda pilih produk yang betul2 dapat membuatkan muka licin , halus dan beseri-seri . Anda perlulah pilih produk yang betul2 dipercayai keberkesanannya dan bersabar menunggu hasilnya .

Honestly , saya pernah kena yg nombor 5 ni sebab saya suka cuba pelbagai produk . Ada satu produk 'eye brightener" ramai yg kata bagus dan saya tinggalkan yg lama beli 'eye brightener' yg baru . Sekali dlm 2-3 hari pakai rasa sakit sgt kulit di sekeliling mata jadi berkopeng lepastu tinggalkan bekas hitam . Mungkin kerana tahap "fragrance" dia yg agak tinggi menyebabkan kulit saya tak dpt menerima perubahan krim tu . Alhamdulilah sekarang dah ok . Harap tips-tips diatas berguna untuk semua :)

3 comments

Lila
April 12, 2013 at 7:38 AM

cool ~

sarah liana
April 15, 2013 at 4:52 AM

tips berguna..thanks :)

Nadia
April 20, 2013 at 3:57 PM

laaa...taktau pun..hehe thankss kak

Post a Comment