Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

8 Tips Untuk Menghilangkan / Mengurangkan Jerawat

Thursday, January 03, 2013 |



 Ini adalah re-post dari blog lama saya :)
Seperti yang kita tahu , jerawat merupakan benda yang paling dibenci oleh ramai orang terutama sekali remaja . Ini adalah kerana remaja selalunya mempunyai ketidakstabilan hormon yang akan menyebabkan "makhluk tuhan paling seksi" a.k.a jerawat  . Jerawat juga boleh terhasil apabila liang pori kita tersumbat oleh sejenis minyak yang dipanggil sebum . Makhluk jerawat ini tidak boleh dihapuskan selamanya tetapi boleh dikurangkan penghasilanya . Antara cara untuk menghalang dan mengurangkan kesan jerawat ialah :

1) Menggosok bawang putih segar(dikupas) di jerawat dan sekeliling jerawat akan memboleh jerawat ini hilang tanpa kesan bekas jerawat . Hiriskan tebal bawang putih biarkan dalam sekurang-kurangnya 30 minit dan letak pada jerawat . Busuk tapi berkesan !

2)Membuat pes jerawat dengan mencampurkan 3 sudu madu dan 1 sudu serbuk kayu manis ke atas jerawat adalah sangat berkesan . Pes itu perlu diletakan pada jerawat sebelum tidur dan dibilas dengan air susam keesokan harinya . Ia perlu dilakukan selama 2 minggu beturut-turut ntuk meghilangkan jerawat .

3)Walaupun agak pelik kedengaran tetapi ubat gigi boleh mengurangkan saiz jerawat dengan meletakkan ubat gigi ke atas jerawat dan biarkan semalaman .

4)Pastikan membeli "make-up" jenis "oil-free" untuk mengurangkan penghasilan jerawat .

5)Bedak bayi juga berkesan dalam mengurangkan jerawat dengan mengeringkan jerawat tersebut .

6)Letakkan ais pada jerawat . Ambil sehelai tisu dan ambil sebiji ais . Letakkan ais dalam tisu tersebut dan selepas itu barulah letakkan pada jerawat untuk mengecilkan lubang pori agar jerawat tidak membesar lebih lagi akibat minyak berlebihan .

7)Campuran jus limau dan madu juga terbukri berkesan menghilangkan jerawat !

8)Paling penting adalah untuk TIDAK memegang , memicit atau menyentuh jerawat kerana ini memboleh terjadinya bekas jerawat . Pastikan tangan anda jangan menyentuh pun muka anda kerana tangan kita penuh dengan kuman tanpa kita sedari .

Larangan nombor 8 tu paling saya suka buat terutama sekali masa saya umur 13-15 . Tak tahan tengok! Sekarang dah tak dah . So , bekas jerawat pun dah kurang .