Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Filem Crows Zero 3 : Crows Explode

Monday, April 29, 2013 | 10 Penggemar Cookies
Assalamualaikum :)



Ok kepada penggemar filem Crows Zero I dan II mesti excited gile kan bila dengar sequel filem Crow yang terbaru dinamai Crows Explode . Akan keluar di pawagam pada tahun 2014 , lambat kan ? Haha , sabor jelahh .
Kepada yang suka Takiya Genji dan Tamao Serizawa , filem ini akan memberi berita buruk untuk korang semua sebab mereka berdua bukan lagi watak utama dalam filem ni . Sebab part last filem Crow Zero II , Takiya Genji dan geng mereka semua dah tamat persekolahan dan tak nak datang ke sekolah Suzuran lagi kan ? So diharapkan jangan lah beria-ia sangat nak mereka berdua ade balik dalam filem ini . Kalau nasib baik pun mungkin mereka akan buat cameo je .

Ok lah untuk filem Crows Explode ni mengisahkan sebulan selepas Takiya Genji tamat persekolahan dan ada pelajar-pelajar baru Tahun Satu yang cuba nak ambil alih sekolah Suzuran dan menjadi ketua . Ken Katagiri tetap ada , Rindaman dan Makise pun ada dalam filem ni . Watak utama dipegang oleh Masahiro Higashide dan watak yang lainya diteraju oleh Taichi Saotome, Ryo Katsuji, Kento Nagayama, Yuya Yagira dan Suzu Hirose .

Sebelum ni pengrahnya adalah Miike Takashi yang sememangnya pengarah yang terkenal hasil filemnya yang sgt berkualiti dan filem-filemnya hampir semua box office BUKAN LAGI pengarah bagi filem Crows Explode . Jadi konsepnya mungkin belainan dan diharapkan korang semua jangan fikir sequel terbaru ni akan same macam yang dulu tu . Kirenya ia adalah filem yang A Fresh New Start .

So completely jalan cerita dan geng yang baru tetapi masih berkisar di sekolah menengah Suzuran . Kepada mereka yang tanya di mana Bouya Harumichi . Saya sendiri pun tak tahu , filem ni memang takde Bouya Harumichi (pengganti Genji Takiya dan watak utama dalam komik Crows yang original) dan ada juga yang kata mereka tidak akan buat pun watak Bouya Harumichi . Rasenye lah dorang hanya akan buat karakter yang takde dalam komik je , kalau yang dalam komik dorang tak nak buat kot so korang kenelah baca sendiri komik tu . Teori je ni .

Kepada yang tak percaya sebab ramai yang menipu pasal sequel Crows . Nah buktinya :

Trailer Crows Explode 

 


Laman Web Facebook Crows Explode :CrowsExplode (Ada banyak gambar dan video kat situ )
Boleh juga lawat ke  http://asianwiki.com/Crows_Explode untuk maklumat lanjut .



10 comments

eme liena
April 30, 2013 at 10:14 PM

waalaikumussalam. wahh. mesti kena tengok dulu Crows Zero 1 & 2 tuu. kiter belom tengok lagi. ahaks :B
By the way, nice review. tak sabau nak menengoknyaa : )

ena_mina
May 2, 2013 at 4:03 PM

Oh yeke , tengok lah Crows Zero 1 & 2 dulu baru boleh paham jln cerita. Ade link filem die tak ? Kalau takde tanye lah sy nanti .

Cerita die best tau bukan ganas2 je semata ade juga lawaknye . Thank you for reading this entry :)

Anonymous
May 6, 2013 at 9:19 AM

what the heck...i was expecting for serizawa the keso-chibi and takia genji to still in this movie and of course with their gangs the mikami brother,chuta,choji,tokio,tokaji,lzaki,hiromi and gangs...

May 6, 2013 at 11:26 AM

laaa . nak Genji dengan Serizawa jugak . huhuuuu . lamanya nak tunggu 2014 . memang menjerit2 baca entry ni . mula2 jerit excited pastu jerit menangis hampa . heheheheh~~~

May 7, 2013 at 4:39 AM

@Anonymous Yeah , i know right . I was too expecting from them but sadly they graduated , remember ? So whether we like it or now , we had to move forward :(
*A fan of Takiya Genji , Serizawa and Izaki .

May 7, 2013 at 4:41 AM

@nadia hikari
Haha , understandable lah .
Memula saya pun excited jugak . Tapi bile tgk trailer takde Takiya Genji dgn Serizawa mmg hampa lah juga . Yelah dorang dah tamat persekolahan kan . Terpakse terima dgn hati yg sedih .

May 14, 2013 at 7:28 PM

sedihnye Takiya Genji dan Tamao Serizawa takde kali neh.. >,<

April 20, 2014 at 6:48 AM

Takiya x de D;

Anonymous
August 29, 2014 at 10:53 AM

Bouya harumichi tak de me sedih Bethlehem la


Anonymous
November 20, 2014 at 2:01 PM

Ad x crow zero 4?komik cerita crow ad jual kt mne ek?tlng plz

Post a Comment