Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Selamat Berpuasa Semua :)

Wednesday, July 10, 2013 | 1 Penggemar Cookies





Alhamdulillah hingga ke harini Miss Ena masih bernafas untuk menyambut bulan Ramadhan yang ke-18. So harini macam mana korang bersahur ape je ? Saya pun masih tak tahu lagi nak makan apa sebenarnya ni. Hehe.

Apa-apa pun saya rasa saya nak sentuh sikit soal orang yang suka buka lagu hari Raya pada bulan Ramadhan dan excited nak raya. Bukannya tak boleh tapi bulan Ramadhan ni kan bulan yang paling senang untuk kita mendapatkan pahala. Bila kita excited nak Raya je, ini bermakna kita seolah-olah menghalau Ramadhan. Jadi saya rasa lebih baik lah kita fikir dan rancang dahulu pasal perkara-perkara yang boleh mendatangkan pahala pada bulan Ramadhan daripada asyik nak Raya.

Diharapkan juga kita boleh mengawal nafsu dalam badan kita . Bukan sahaja dari segi nafsu makan selepas berbuka puasa je tau tapi juga dari segi macam mengumpat atau menghina orang kerana ia juga dikira sebagai jihad (memerangi nafsu di dalam badan sendiri) dan besar pahalanya !

Saya juga memohon maaf kepada semua jika terdapat kesilapan dari segi perbuatan dan kata-kata saya samada sengaja atau tidak sengaja yang saya lakukan selama ni.

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua bloggers, followers dan readers semua ^^

 " Puasa Jangan Tak Puasa Tau! "

*Setiap kali tengok TV ada pengisytiharan esoknya puasa . Mesti ingat scene ni  . Haha

1 comment

July 19, 2013 at 3:07 PM

SELAMAT BERPUASA MISS ENA :)

Post a Comment