Assalamualaikum and Hello to all ! Welcome to Cookie Krunch ❤ Thank you for visiting my blog ❤

Jerebu Di Muar

Sunday, June 23, 2013 | 1 Penggemar Cookies

Lama Miss Ena tak update blog  kan . Yelah jadi busy pulak bila dah masuk Form 6 ni . Macam-macam assignment diberikan oleh cikgu tanpa belas kasihan . Ape boleh buat , untuk kita juga kan .

Ok , korang dengar tak pasal Jerebu yang makin menjadi-jadi sekarang ni ? Pehh , sebagai seorang insan yang tinggal di Muar , senang cakap dah macam Cameron Highland duduk sini . Pagi-pagi bangun je berkabus pemandangan sambil mengirup udara bertoksik . Kengkadang tu rasa macam ada orang bakar sampah dalam rumah je . Punyelah kuat bau jerebu siap masuk rumah tak bagi salam lagi .

Ditambah lagi pulak dengan sekarang dengan ketiadaan hujan yang sudah lama menghilang . Makin menjadi-jadilah jerebu ni . Pada mulanya , minggu lepas tahap IPU 170 + esoknya jadi 200+ pula , semalam 400+ dan tiba-tiba hari ni 700+ ! Entah-entah esok lusa tahap IPU kat Muar ni jadi 1000 agaknya mengalahkan tahap IPU Sarawak pada tahun 1997 iatu 800 .

Nak tahu tahap keterukan jerebu kat Muar ni ? Cuba tengok gambar ni :

Gambar kat bawah ni diambil dalam pukul 12.00 tengah hari dan 2.00 petang . Patutnya waktu-waktu macam ni kita boleh lihat cahaya matahari yang terik dan langit yang terang benderang . Tapi disebabkan Jerebu yang durjana ini , orang-orang Muar hanya boleh lihat kabus bertoksik yang berwarna kekuningan atau putih.






Gambar satelit yang menunjukkan titik merah iaitu aktiviti pembakaran dijalan kan di Sumatera .

Jadi kalau korang yang agak2 nak buat aktiviti di luar rumah tu , batalkan jelah . Korang nak ke sedut udara yang dipenuhi dengan partikel-partikel debu dan asap ni ? Alangkah duduk rumah pun tak berapa nak selamat apetah lagi duduk di luar rumah . Lagi2 yang ada penyakit macam asma dan penyakit berkaitan dengan paru-paru , lagi lah tak boleh . So jangan lah lupa pakai mask/topeng muka sewaktu keluar dan jangan lupa bawak eyemo di mana shj anda berada sebab gerenti mata mesti pedih gila .

Bila baca berita-berita yang sebelum ni pun ada masalah Jerebu sampai diisytiharkan Darurat . Terfikir juga dalam diri ini , kenapa perkara ni boleh terjadi berulang kali ? Tak ade langkah pencegahan yang diambil ke ? Selalu mesti datang dari Indonesia . Tak kisah lah wlpon dorang kata syarikat Malaysia & Singapura yang turut terlibat . Buatlah sesuatu agar perkara ini tidak berlaku lagi , penat lah asyik sedut asap busuk je setiap hari .

Diharapkan cepat lah pulih keadaan spt biasa . Sebab memang dah tak tahan dah . Minta jasa baik korang doakan yang terbaik untuk kami di Muar ni dan juga kepada mangsa2 jerebu di negeri lain ....

UPDATED : Muar telah pun diisytiharkan darurat pleh PM Najib Razak .

Psst .. Dengar kata dah sampai Kluang dengan Petaling Jaya . Bersiap-sedialah korang semua . Jerebu ni sedang menular ke negeri-negeri lain juga . Prepare for the worst guys !

1 comment

June 23, 2013 at 9:31 PM

jerebu semakin teruk :(

Post a Comment