Ok disebabkan gigi adalah antara aset penting yang ada di badan kita . Sangatlah penting untuk kita menjaganya dan membuat pencegahan awal daripada merosakkan gigi .
Jadi harini , Miss Ena nak beritahu beberapa makanan dan minuman yang sememangnya boleh membawa kemudaratan kepada gigi kita .
Antaranya ialah :
1. Teh
Seperti yang kita sedia maklum , air teh memang terkenal sebagai antara minuman yang memberi banyak kelebihan kepada diri kita . tetapi ia juga berpotensi merosakkan gigi kita . Menurut kajian oleh para dentist, bahan di dalam teh boleh merosakkan gigi kita . Terutama sekali tea hitam dan juga teh herba . Jadi ambillah dengan secara bersederhana sahaja .
2. Sos
- Sos seperti sos cili, sos tomato dan sos kicap memang sedap dimakan . Tetapi disebabkan pewarna yang kuat di dalam bahan-bahan ini . Jadi selepas makan yang bersos pastikan kumur lah mulut dengan cepat dan selepas itu beruslah gigi untuk mengurangkan kerosakan terhadap gigi kita .
3. Air Minuman Bertenaga
- Oleh kerana asid yang kuat di dalam air ini . Ia akan menyebabkan warna gigi kita pudar dan juga menghakis gigi kita . Adalah lebih baik untuk menjadikan air kosong sebagai pilihan utama kita selepas bersukan.
4. Buah-Buahan Beri
- Kadang-kadang bila kita makan strawberi atau makan blueberi . Akan terdapat sisa warna buah-buahan tersebut yang masih melekat di gigi kita kan . Ini menunjukkan betapa kuatnya kesan warna tersebut terhadap gigi kita . Warna-warna tersebut sebenarnya boleh menghakis gigi kita . Amatlah digalakkan unuk makan buah-buahan yang warnanye tidak terlalu ketara . Kalau nak makan pun , makanlah sikit janganlah berlebih-lebihan.
5. Soda,Cola Dan Minuman Berkarbonat yang lain
- Pasti ramai yang tahu pasal keburukan minuman-minuman ini . Tahap asid dan chromogens yang tinggi boleh menyebabkan tahap hakisan terhadap gigi dengan kuat . Walaupun meminum air soda yang jenis ringan pun dah cukup kuat untuk meghakis gigi kita ! Kebanyakan air ini juga diletakkan bahan pewarna untuk menambahkan kekuatan hakisan terhadap gigi kita .
Tapi jangan lah kita tidak makan langsung beberapa bahan yang berkhasiat di atas . Contoh macam buah blueberi tu kan . Buah blueberi mempunyai antioksidan yang tinggi jadi makanlah tetapi dengan kadar yang sederhana sahaja .
Selain itu , gunakan lah straw untuk minum minuman yang berpotensi untuk menghakis gigi kita. Kerana ini secara tak langsung dapat mengurangkan risiko gigi depan kita terhakis .
Kalau nak makan atau minum minuman yang boleh menghakis gigi kita . Pastikan kita kunyah cepat2 dan terus telan untuk mengelakkan ia daripada berada dekat di gigi kita . Tapi pastikan kunyah betul2 , kang tak pasal2 tercekik pula .
Tweet

10 comments
betul tu..teh @ kopi bukan saje bleh rosak gigi malah dia bleh tukar warna gigi mnjadi kuning..:)..ni pun saya dpat info dri dktr saya sendiri..:)
@siti ZAHARA Ha'ah . Gigi kita dah cecantik putih terus kuning . Sayang lah kan :)
nk lagi cantik pergi jmpa dktor gigi trus kn =)
erkk..teh juga.
huhu.
hmm xtau pon teh bole menghakis gigi . huhu, btw nice info ^^
@Hajar Shikin Ha'aa , boleh juga tapi early prevention lebih baik . Sebab klu selalu putihkan gigi je dgn jumpe doc boleh buat gigi kite terhakis juga tau :)
@P U C A T Hehe , sorry but true story ;)
@Syamira Yahya Yeah ,memula pun sy tak pernah dgr . Hehe . U're welcome :)
Semua bnda kt atas tu sdap kalau dimakan tu.. tp, bahaya kt gigi la plak
lepas ni , kena minum guna straw la...hehe